“ Ana, malam ni jom teman aku ronda-ronda Penang?” Rysa
menunjukkan mimik muka comel terhadap kawan baiknya itu.
“ Kau gila, kau memang memang gila. Aku tak nak teman kau
dah. Kau tau tak, dalam sebulan ni,dah 8 kali kita ronda-ronda Penang demi
mencari jodoh kau tu! Selama dua tahun ni, ada kau jumpa Encik Jodoh kau tu?”
Ana
menunjukkan muka tak puas hati. Ana sudah letih melayan kerenah kawan dia ni.
Umur dah 22, tapi perangai gila tu masih tak hilang-hilang. Selama dua tahun ni
kerja Rysa meronda satu Penang demi mencari roadblock. Misi Rysa ialah cari
jodoh yang bekerjaya polis. Namun, Rysa berangan saja la. Tak pernah seorang
polis pun nak kat Rysa ni.
“Alaa,
kau saja lah kawan aku dunia akhirat. Please, please teman lah aku. Aku
mengidam nak suami polis kau tau tak!”
“Tau, memang aku tau sangat kau nak suami polis.
Masalahnya sekarang. Macam mana kau nak dapat Encik Polis tu kalau kau tak buat
kesalahan haa?” Ana menjegil matanya kepada Rysa.
‘Hisy Ana ni, tak payah la nak jegil mata segala ni. Tau
la mata kau tu bulat. Kalau jegil dah jadi mata ikan buntal kau tau. Ingat
cantik sangat la tu.’ Rysa bermonolog dalam hati.
“Kau gila nak aku buat kesalahan. Aku kena saman macam
mana? Kau nak bayar? Aku bukan nak surat saman. Tapi aku nak surat cinta! Kau
reti beza tak surat saman dengan surat cinta?!”
Ana menunjukkan muka menyampah. Rysa tak kisah pun dengan
reaksi kawan dia. Dia dah lali dengan kawan baik dia tu. Tak terasa pun.
“Cuba malam ni kau tak pakai tali pinggang semasa
memandu. Haa kan kita akan tersangkut kat roadblock tu lama-lama. Sempat la kau
kenyit-kenyit mata kat polis mana yang kau berkenan ha. Kan senang. Selagi kau
tak buat kesalahan, polis lepas kau macam tu ja. Letih tau nak cari roadblock
demi mencari jodoh kau ni. Entah-entah, kau tak berjodoh dengan polis apa?” Ana
mengangkat-angkat kedua-dua belah keningnya, saja mengusik kawannya itu.
“Hisy banyak cakap la kau ni! Dengan aku, berpuluh-puluh
patah kan kau cakap,dengan orang lain, sepatah pun berat kan nak cakap. Kalau
macam tu, aku okay ja, janji kau lah bayar saman aku. And one more, mulut kau
tu kan jaga sikit tau. Aku nak kawin dengan polis tau. Polis kan smart plus
handsome lagi haa!” Rysa mula dah berangan.
“Well, kau kan kawan aku yang paling banyak cakap. Aku
pun tersampuk dengan hantu kau yang banyak cakap la. Bab saman, coiyh. Kau la
bayar sendiri. Dah nak sangat bertemu dengan Encik Polis kau tu.” Ana yang
berdiri daripada tadi terus duduk di sebelah Rysa yang elok duduk atas katil
yang bercadar pink itu.
Mereka berdua sedang menuntut di Universiti Sains Malaya.
Mereka berkawan sejak sekolah rendah lagi. Kuat betul jodoh mereka.
“ Dah, aku malas dengar suara kau tu lama-lama. Aku nak
tidur kejap. Malam ni yang aku tau, kita keluar. Bukannya kita tinggal kat
asrama pun. Kita tinggal kat rumah sewa tau.”
“Ya la, malam ni last tau.”
‘Aik dah tidur dia. Laju ja kan.’ Ana hanya mampu
menggeleng kepala melayan kerenah kawan baik dia.
***
“Wei Ana, tu ada roadblock. Cantik-cantik.” Rysa yang
sedang memandu tersengih sendiri. Ana hanya menggeleng-geleng kepala sahaja.
Setelah tiba di roadblock, terdapat dua orang polis yang
menahan mereka. Tak sampai seminit pun polis-polis tersebut memerhati dalam
kereta lantas melepaskan mereka pergi.
“Wei Rysa, kan aku dah cakap, jangan pakai tali pinggang,
Kau tengok, dia lepas kita macam tu ja. Kalau macam ni sampai jadi kau anak
dara tua pun tak dapat-dapat lagi polis kau tu!” Ana menjeling Rysa. Hati
tengah panas. Ana tahu semestinya dia perlu teman kawan dia cari roadblock
lagi.
“Huisy mulut. Jangan lah mulut kau ni masin. Amin!” Rysa
mengaminkan doanya berkali-kali. Minta jauh simpang malaikat 44 la. Aku nak
kahwin awai oi Ana!
“By the way, Ana. Handsome kan yang pegang senapang
sebelah kanan aku tadi.”
“Ha ah Rysa. Handsome teramat. Kalau kau dapat yang tu
lah, confirm anak kau comel teramat.”
“Kan Ana kan! Polis ja yang selama ni aku nampak
handsome. Memang aku melompat sungguh la kalau dapat polis tadi” Rysa berjalan
keluar daripada keretanya masuk ke dalam rumah. Sampai ke rumah tak habis-habis
lagi cerita polis.
“Gedik la kau Rysa. Penat aku layan kerenah kau
hari-hari.”
***
“Wei Ana, bangun! Kita dah terlambat ni! Ada kelas pukul
8. Sekarang dah pukul 7 kau tau tak!” Rysa tolak-tolak kawan dia. Bengong la
Rysa ni. Bukannya reti nak gerak kawan elok-elok. Kalau gerak elok-elok,
alamatnya sampai pukul 10 pagi pun Ana tak akan bangun-bangun lagi.
“Haa aku bangun. Kau punya pasal la ni! Lepas ni kau
jangan cari roadblock dah! Disebabkan roadblock tu la, kita tidur lambat tau!”
Ana memekik di rumah di pagi yang tenang ini.
“Kau nak membebel sambung lepas habis kelas nanti.
Sekarang ni pergi mandi dulu!” Rysa menolak kawannya masuk ke dalam tandas.
***
“Argh bosannya kelas tadi. Prof tu
tak sporting langsung la.” Rysa membebel-bebel sendirian sambil berjalan dengan
Ana ke kafeteria.
“Nak buat macam mana. Kita sabar
ja la.” Ana dan Rysa menghempas punggung mereka ke atas kerusi. Masing-masing
menghadap antara satu sama lain.
Ana terlopong tiba-tiba melihat
dua orang kerabat diraja yang turut menuntut bersama mereka di universiti ini.
Apa kes tiba-tiba mamat-mamat diraja ni ada kat kafe ni? Pelik bin ajaib. Hisy
selama ni tak pernah-pernah makan kat sini. Kononnya tak berkelas.
“Hello, Ana. Cover sikit mulut kau
tu. Muka lawa dah. Kau buat macam tu hilang terus kecantikan kau tu.” Rysa
terus menutup mulut Ana yang ternganga.
“Wei, kau...” Ana terhenti
percakapannya tiba-tiba kerana ada dua orang jejaka idaman Malaya yang teramat
handsome menarik kerusi duduk di sebelah mereka berdua.
Rysa terkejut tengok di sebelahnya
ada dua orang lelaki yang sememangnya tak pernah kenal dia selama ini boleh
duduk di sebelahnya dan di sebelah Ana. Huisy patutlah Ana terlopong tadi. Ni
aku pula yang terlopong.
Dua orang lelaki tersebut hanya
tersenyum sinis. Bagi mereka, lumrah perempuan pasti akan terlopong tengok
kekacakan mereka berdua. Tambahan pula, mereka duduk bersama
perempuan-perempuan tersebut.
“Hai, cik adik. Dah puas nganga mulut
awak tu?” ujar Hazriel yang merupakan salah seorang daripada dua orang kerabat
diraja tersebut.
“Oi, Rysa. Tutup mulut kau tu.
Tadi kau mengata aku, ni kau pun sama ja macam aku.” Bisik Ana kepada Rysa.
Hazriel dan seorang lagi sahabat
karibnya merangkap sepupunya, Thaqif hanya tersenyum sinis.
“Haa, kenapa yang tiba-tiba tuanku
berdua ni mencemar duli duduk bersama patik berdua ni?” ujar Rysa dengan nada
sinis. Hello, ingat aku nak terjatuh hati kat kau. Minta maaflah. Ini Rysa.
Rysa tak minatlah lelaki kerabat diraja. Rysa minat polis sahaja.
‘Budak perempuan ni macam lain
sikit ja daripada gadis-gadis lain yang selalu menempel dengan aku. Bukan lain
sikit, tapi lain banyak. Tak ada sesiapa pun perempuan yang berani cakap dengan
nada sinis dan menyampah terhadap aku dan Thaqif’ Hazriel hanya merenung gadis
di sebelahnya.
“Sebenarnya kami pun tak teringin
nak duduk kat sini. Just nak tanya korang berdua ni ye, asal ada roadblock ja
muka korang pun ada. Asal muka korang ada, roadblock pun ada. Dah dua tahun tau
tak! Asyik muka korang ni la yang aku nampak selalu. Anak dara apa ni keluar
malam-malam?” Hazriel tanya tanpa henti.
“Err awak sempat ambil nafas tak
ah? Macam tak ja. Laju ja awak cakap” Rysa memandang Hazriel dengan penuh tanda
tanya.
Hazriel terkedu. Thaqif tersenyum
manis untuk kali pertama di hadapan Ana dan Rysa. Ana terkebil-kebil mata.
‘Bengong kau Rysa. Aku pelik macam
mana dia boleh tau kita selalu muncul kat roadblock. Yang kau boleh pelik
dengan Hazriel tu sempat ambil nafas ka tak?!’
Ana mengetuk kepala Rysa dengan
buku.
“Adoi, sakit lah Ana! Yang kau
tiba-tiba ketuk kepala aku dengan buku kenapa? Ingat kepala aku ni besi? Kepala
aku ni penuh dengan ilmu, kau pulak macam nak bagi aku hilang ingatan. Aku lupa
ingatan, aku cari kau Ana!” Rysa membuntangkan matanya terhadap Ana.
“Err, Cik Rysa, soalan saya tadi
bila nak jawab? Nak sambung gaduh, lepas ni je lah” ujar Hazriel. Thaqif hanya
hanya senyap sahaja di tempat duduknya. Dia hanya menemani Hazriel bukannya nak
menyibuk.
“About your question tu, macam
mana awak boleh tahu saya ada kat roadblock sepanjang dua tahun ni ha? Pelik
bin ajaib. Awak spy saya ka? Ohmaii god! Famousnya saya sampai kerabat diraja
pun spy saya.” Rysa mula dah perasan.
‘Bengong kau Rysa. Harini saja dah
berapa kali aku kutuk kau Rysa. Buat bertambah dosa ja’ Ana menggeleng-geleng
kepalanya.
“Kenapa lah wujud makhluk perasan
macam awak ni Rysa? Saya selalu melepak kat roadblock tu sebab kawan baik saya,
Iz bertugas di situ. Kadang-kadang saya kena saman. Yang pastinya setiap kali
saya ada kat situ, awak mesti muncul lah. Awak ke yang spy saya selama ni?
Semalam pun awak muncul juga. Walaupun selama ni awak just lalu tapi still
pelik. Mana ada orang yang selalu muncul kat setiap kali roadblock ada!”
Hazriel mengangkat-angkat keningnya berkali-kali.
“Saya dah lahir 22 tahun baru awak
nak tanya? Heh buang masa saya nak spy awak! Saya bukan minat nak kahwin dengan
kerabat diraja pun. Saya memang kerja cari roadblock pun selama ni sebab saya
nak cari jodoh yang kerja polis tau! Awak apa tau?”
Hazriel dan Thaqif terkebil-kebil
mata.
‘Orang macam ni pun ada rupanya
dalam dunia ni.’ Thaqif berkata-kata dalam hati.
“Jangan-jangan kau lah kut jodoh
Rysa?” Thaqif tersengih-sengih kat Hazriel.
“Coiyh! Gila kau!” serentak Rysa
dan Hazriel menjerit.
“Okay-okay sorry.” Diorang ni
kalau menjerit, sampai hujung universiti pun dengar juga.
“Jom Thaqif. Lama-lama kat sini,
kita pun berjangkit perangai gila Rysa ni. Cari jodoh kat roadblock. Tak pernah
dibuat dek orang. Bye Rysa. See you again!” Thaqif dan Hazriel bangun daripada
kerusi. Hazriel sempat lagi kenyit mata kepada Rysa sebelum pergi menjauhi Rysa
dan Ana.
“Wei, Rysa. Kau tak pelik ka asyik
terserempak dengan Hazriel tu ja?”tanya Ana selepas Thaqif dan Hazriel hilang
daripada mata mereka.
“Tak!”
Ana hanya mampu mengetuk kepalanya
sahaja.
“Hujung minggu ni jom keluar
lagi.” Rysa membuat riak wajah comel sambil mata terkelip-kelip.
“Haih, kalau jumpa lagi Hazriel tu
macam mana? Misi nak mencari jodoh sangat kan? Haa dia lah jodoh kau!” Rysa
membuat-buat tak dengar apa yang dituturkan oleh Ana.
“Rysa, bila lah kau nak berubah.
Satu ja aku pelik, orang lain nak cari jodoh pun, nak pilot, doctor, kerabat
raja tapi kau ni polis ja?!”
“Polis ja aku selalu nampak
handsome. Dah namanya polis, mestilah dia bukan pencuri, perompak, perogol, haa
kan baik tu!” Rysa tersenyum gembira kalau cakap bab polis.
“Mana kau tau polis baik? Polis tu
mungkin terima rasuah tau! Haa baik ka tu?!”
“Ha ah la. Baru aku tersedar.”
Rysa mula bermuram durja apabila baru sedar perkara satu ni ja.
“Cis, kalau aku tahu hanya benda
ni ja dah buat kau putus asa, kenapalah aku bengap sangat tak bagitau hal ni
dulu?” Ana hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja.
“Ana, anak raja pun best kan kalau
aku berjaya dapat. Aku boleh jadi permaisuri apabila dia naik takhta. Then, aku
boleh jadi permaisuri agung kalau tiba turn suami aku jadi agung! Ya Allah,
bestnya hidup. Aku boleh merantau dunia. Aku boleh bercuti ke Milan, Rom, Venice,
Paris, and banyak lagi tempat wei! Aku boleh suruh suami aku ubah pentadbiran
mengikut apa yang aku tak berkenan, aku boleh goda dia dan pujuk dia suruh
ubah. Dia kan ketua negara. Dia lagi berhak buat keputusan. Perdana Menteri
hanya penasihat ja. Yang paling bestnya, aku boleh guna duit shopping! Buat
rumah cantik dan hiasan dalaman yang begitu mewah dan cantik! Masyaallah
indahnya dunia ,Ana! Baru aku tahu dunia ni indah kalau kahwin dengan anak
raja!” Rysa melemparkan senyuman indah sekali sambil membina angan-angan mat
jenin. Mata Rysa penuh dengan kegembiraan dalam angan-angan yang sudah pasti
tak menjadi kenyataan.
Ana mengetuk kepala Rysa dengan
buku tebal.
“Adoi, sakitlah Ana. Kepala aku ni
bukan konkrit. Bengong kepala aku, kau jawab exam aku!” Hancur angan-angan Rysa
apabila terkena buku tebal Rysa menjegilkan matanya kepada Ana.
“Rysa, kalau angan-angan kau ni
jadi kenyataan, bankrupt Malaysia tau! Dengan nafsu shopping kau. Bukan setakat
bankrupt, hancur terus Malaysia dengan otak kau yang nak ubah pentadbiran. Kau
ingat senang nak kahwin dengan anak raja? Bayangkan ke mana ja kau pergi,
bodyguards ikut. Kau nak pergi tandas pun bodyguards ikut. Kau nak pergi
honeymoon pun bodyguards ikut. Kau tak ada life secara personal langsung.
Hari-hari yang kau jalani, ada bodyguards di sisi kau. Best ka hidup macam tu?”
Ana mempamerkan riak wajah serius kepada Rysa.
“Ana, kau berjaya menghancurkan
lagi sekali harapan aku.” Rysa kembali bermuram durja.
“So, jadi jugak nak keluar hujung
minggu ni?” tanya Ana.
“Jadi lah buat laki terakhir.
Kalau aku jumpa juga Tengku Hazriel tu, aku tak jadi mencari jodoh Encik Polis
dah. Bukan polis yang kenal aku, si kerabat diraja pula kenal aku. Huisy nasib
bukan anak raja. Nasib sepupu anak raja ja. Lega!” Rysa menghembus nafas lega.
***
“Last ya malam ni, Rysa.” Ana
memandang serius muka Rysa.
“Ya aku janji, malam ni last. Tak
jumpa juga, memang jodohku bukan polis la.”
Ana dan Rysa melangkah kaki
menaiki kereta milik Rysa, Honda Jazz versi terbaru yang berwarna putih. Nampak
mewah bak kata Rysa kalau Honda Jazznya berwarna putih.
“Okay, cantik roadblock ada!” Rysa
tersenyum manis.
“Apa kata kau buat kesalahan...”
“Haa aku tak nak ikut cakap kau.”
Rysa mencantas percakapan Ana. Dia boleh agak apa yang Ana mahu tuturkan.
Seperti biasa Rysa berhenti
seketika untuk membenarkan pihak polis melihat di dalam keretanya.
“Eh Rysa, kau pandang sebelah kiri
kau kat tepi jalan tu.” Ana menunjukkan ke arah tempat di mana letaknya sebuah
kereta BMW 5 series dan kelihatan polis menyaman pemandu kereta tersebut.
“Oh My God! Hazriel!” Rysa
terkejut melihat Hazriel. Oh janganlah cakap Hazriel tu jodoh aku.
Rysa terus memandu keretanya pergi
setelah polis membenarkan.
“Rysa...”
“Ana, kau jangan cakap apa-apa.
Aku takut mulut kau masin ja.” Rysa tahu Ana nak beritahu bahawa Hazriel tu
kemungkinan besar jodoh Rysa.
“Okay malam ni juga last kita
jumpa Hazriel. Aku akan buktikan dia bukan jodoh aku. Aku akan buktikan misi
mencari jodoh aku selepas ini tak akan menjadi misi bertemu Hazriel sekali
lagi.” Tekad Rysa.
“Ikut kau lah Rysa. Hazriel tu
okay apa. Kaya pun kaya. Tak hidup susah kalau kau jadi isteri dia. Dia tu tak
layan perempuan pulak tu. Haa teramatlah bahagia kalau jadi isteri dia.”
“Kau lah kahwin dengan dia, Ana.
Bukan aku kot jodoh dia, rasanya kau jodoh dia. Kan kita selalu bersama.” Rysa
mula tersenyum-senyum kat Ana.
“Okay let us see misi mencari
jodoh kau selepas ni berakhir dengan siapa. Aku akan tunggu ja kau kat rumah.
Baru kita tahu Hazriel tu jodoh siapa.” Ana memandang serius sekali lagi kepada
Rysa. Ana tak nak lah kahwin dengan Hazriel tu. Huisy simpang malaikat 44. Ana
nak kahwin dengan lelaki jiran sebelah rumah sewa mereka itu. Ustaz Raykal
pujaan hati Ana.
“Ustaz Raykal la tu kan yang kau
nak sangat kan?” Rysa menangangkat-angkat kedua-dua belah keningnya. Saja nak
provoke kawannya.
“Ha ah.hehe” Ana terenyum malu.
“Malu-malu pulak. Senang-senang
kau pergi mengorat la ustaz tu. Nanti melepas pulak kalau kau tak mengorat. Kau
kenyit-kenyit mata sikit ka kat dia. Tak pun kau balik satni, kau bunyikan
loceng, kau hantarlah makanan banyak-banyak kat dia. Kau masukkan la ubat
guna-guna sikit. Eh, tak boleh, berdosa aniaya orang sampai macam tu. Hmm, kau masukkan
julap pun okay gak! Memang lah aniaya juga tapi ini demi kebaikan juga ni. Bila
dia kerap pergi tandas, sah lah dia keluar rumah minta ubat kat kita kan? Dia
kan tak ada stok ubat. Asal sakit ja, minta kita, ubat. Haa bila dia datang
rumah kita minta ubat, kau buat-buat lah prihatin. Lepas tu kau luah la
perasaan. Pandai tak aku plan kat kau?” Rysa melemparkan senyuman manisnya
kepada Ana sambil mengenyitkan matanya. Bangga dengan ideanya yang cukup bernas
tu.
“Hoi, tak kering tekak ka cakap
panjang-panjang tu? Ingat bagus sangat la tu idea kau? Tu ustaz tau! Elok-elok
nak ambil aku jadi isteri dia, terus reject bila aku buat perangai ikut idea
gila kau tu” Ana menjeling matanya kepada Rysa.
“Perasan betul la kau ni. Nak buat
isteri lah sangat. Nak jadi kawan mithali pun tak lepas lagi. Ada hati nak jadi
isteri orang dah.”
“Sejak bila ada istilah kawan
mithali ni?” Ana menggaru-garukan kepalanya.
“Entah. Aku reka ja” ujar Rysa
selamba.
“Ya Allah, ya tuhanku, kenapa lah
aku ada kawan macam kau ni?” Ana meunjukkan muka tak puas hati kepada Rysa.
“Entah. Aku pun tak tahu kenapa
aku ditakdirkan menjadi kawan kau ni.” Ujar Rysa sekali lagi selamba.
Ana mengurut dahinya. Sakit kepala
dengan sikap kawan baiknya.
***
Kejadian ketika di roadblock
tadi...
“Haih, kena saman lagi.” Hazriel hanya
mampu menggeleng-geleng kepalanya sahaja. Dia terlupa pakai tali pinggang dalam
perjalanan balik daripada rumah Thaqif.
“Nah, encik. Surat saman.” Hazriel
mengambil surat tersebut.
Tiba-tiba Hazriel terdetik di
dalam hatinya untuk memandang ke jalan raya.
‘Eh, kereta tu lagi. Hmm,
perempuan tu lagi. Sememangnya kita berjodoh sayang’
Hazriel melemparkan senyuman sinis
lantas masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.
***
“Okay memandangkan hari ini aku free, suggest kat aku
pekerjaan apa yang membuatkan kita lihat laki tu handsome dan berkarisma”ujar
Rysa lantas melabuhkan punggungnya di atas sofa di sebelah Ana yang sedang
asyik menonton movie Barbie.
‘Haih, dah boleh jadi mak budak pun layan lagi Barbie.
Apalah reaksi suami si Ana ni nanti kalau tahu benda ni’ Rysa hanya memandang
wajah khusyuk Ana yang sedang menonton televisyen.
“Pilot dan doctor. Style apa lelaki yang bekerjaya itu.”
Ana memandang wajah Rysa.
Rysa memandang televisyen, ‘Hmm patutlah pun Ana jawab
soalan aku. Dah iklan rupanya.’
“Kalau macam tu, aku pilih pilot dulu yaa. Adios!” Rysa
bangun daripada sofa.
“Err, Rysa, kau bertudung ni nak ke mana?” Ana memandang
Rysa pelik.
“Aku nak pergi airport” ujar Rysa selamba.
“Haa, nak buat apa pergi sana?!” terkejut Ana sehingga
bangun daripada kerusi.
“Kalau nak cari jodoh pilot, aku tunggu kat airport
sampai jumpa Encik Jodoh. Kalau doctor yang aku nak cari, aku tunggu kat
hospital. Pandai tak aku?” Rysa menangkat-angkat kedua-dua belah keningnya.
Oleh sebab, Rysa tak tahu angkat sebelah kening, dua belah kening pun jadilah.
“Kau memang pandai, Rysa. Pandai sangat. Pandai buat idea
gila ja pun.” Ujar Ana selamba lantas melabuhkan punggungnya kembali ke atas
sofa. Iklan dah habis.
“Aku akan make sure yang aku tak akan berjumpa Hazriel
kali ini. Kalau aku tak jumpa dia kat airport, dia bukan jodoh aku la tu. Itu
hanya lah kebetulan ketika kita di roadblock okay.” Rysa lantas berlalu pergi.
Misinya lebih penting.
***
Rysa memakirkan keretanya di tempat letak kereta di
lapangan terbang. Dia terus keluar dan pergi ke tempat menunggu yang di
sediakan di lapangan terbang.
‘Okay, masa untuk memerhatikan pilot!’ Rysa duduk di atas
kerusi sambil memerhatikan juruterbang-juruterbang yang lalu. Khusyuk sungguh
Rysa memerhatikan para juruterbang lalu.
‘Haih, dah dua jam aku termenung kat sini. Tak ada walau
seorang pilot pun yang tersangkut dengan aku yang sudah cukup cantik dan vogue.
Nampaknya nak mencari jodoh bukan senang. Aku kena buat-buat langgar pilot
macam cerita-cerita dalam novel. Baru impian aku terlaksana maybe. Ya, jom
langgar pilot, Rysa.’ Rysa bermonolog di dalam hati. Rysa bangun daripada
kerusinya dan mula mencari juruterbang yang kacak dan berkarisma. Yang penting
badan kena mantap juga. Tak nak yang kurus keding. Memilih betul Rysa ini.
‘Ha, aku Nampak dah yang perfect. Cukup perfect. Tinggi,
putih, kacak, bergaya, berpakaian juruterbang lengkap, dengan bertopi dan ada
rayban yang tersangkut di hidungnya yang mancung. Memang hebat taste kau Rysa.’
Rysa tersenyum kecil sendirian.
Baru sahaja Rysa nak pergi langgar juruterbang tersebut,
sudah ada orang lain melanggar dia.
“Aduh! Siapa pula yang langgar aku?!” Rysa jatuh terduduk
di atas lantai. Nak sangat ikut novel, kan dah jadi sungguh.
‘Hisy aku jatuh depan pilot handsome tu! Ahh jatuh saham
aku! Eh ke mana pilot tadi pergi?’ Rysa terus mencari-cari di celah-celah orang
ramai. Rysa masih lagi di posisi yang sama. Masih terduduk di atas lantai
sambil mencari juruterbang tersebut. Juruterang tersebut lagi penting sekarang
ini berbanding orang yang melanggarnya.
“Eh, Rysa, berapa lama nak duduk bawah ni? Tak nak
bangun? Dari tadi saya hulurkan tangan tapi tak bersambut-sambut lagi. Rysa,
ramai orang tengok ni? Tak malu ke? Awak cari apa tu?” orang yang melanggar
Rysa tersebut turut melemparkan pandangan ke arah yang sama dengan pandangan
Rysa.
Hazriel datang ke lapangan terbang ini kerana mahu
menjemput ayahnya yang baru pulang daripada Brunei kerana ada urusan perniagaan
di sana. Dalam dia sibuk mencari ayahnya, dia terlanggar Rysa. Ke mana sahaja
dia pergi pasti akan bertemu Rysa. Kita sememangnya berjodoh, sayang.
Rysa yang mendengar suara tersebut terus memandang ke
atas melihat orang yang melanggarnya. Kini, bukan juruterbang yang menjadi
perhatiannya tetapi lelaki di hadapannya lebih menarik.
Rysa terus bangun. Dia tak pedulikan tangan yang dihulur.
“Awak lagi?! Kenapa kita asyik bertemu ah? Saya bukannya
datang sini untuk misi mencari Tengku Hazriel. Tetapi misi mencari jodoh. And
kenapa awak langgar saya? Saya baru nak pergi langgar pilot handsome tadi. Awak
kacau line saya. Kalau tak saya boleh dah berkenalan dengan pilot handsome
tadi.” Rysa membebel-bebel kepada Hazriel sambil mencekak pinggangnya yang
ramping.
Hilang terus sakit tatkala orang yang melanggarnya
rupa-rupanya Hazriel.
“Saya pula datang sini untuk menjemput ayah saya.
Bukannya saja nak ikut awak sampai ke sini. Buang masa saja. Kenapa kita asyik
bertemu? Maybe sebab awak jodoh saya mungkin. Misi mencari jodoh awak selalunya
berakhir dengan misi mencari Tengku Hazriel kan? Memang tak dapat dinafikan
lagi awak tu jodoh saya. Pilot yang awak nak cari, kerabat diraja yang awak
jumpa. Polis yang dicari, still kerabat diraja yang awak jumpa. Tak cukup lagi
ke bukti terpampang di mata awak yang awak tu berjodoh dengan saya? Pilot tu
handsome daripada saya ke? Saya rasa saya handsome daripada dia lagi sebab saya
merupakan salah seorang daripada list jejaka-jejaka kacak di Malaysia.” Hazriel
terus menanggalkan rayban yang dipakainya. Matanya memandang terus ke dalam
anak mata Rysa yang berwarna coklat.
“Memang lah awak handsome lagi. Tetapi saya still tak
suka awak! Saya akan buktikan kita bukan jodoh! Kita tengok nanti siapa jodoh
saya. Okay lah. Adios! Saya dah malas mencari jodoh kat sini. Kirim salam kat
ayah awak ye? Bye!” Rysa terus berlalu pergi. Lama-lama dia di lapangan terbang
ini, boleh gila terus dia. Daripada dia layan si Hazriel tu, lebih baik dia
balik makan. Perut pun dah lapar. Dua jam termenung di lapangan terbang hanya
berakhir dengan pertemuannya Hazriel.
‘Dia pergi macam tu je. Nak cakap tak suka aku pun,
jangan straight sangat. Jantung terasa bagai tertusuk belati dengar ayat Rysa.
Well, kita akan tengok nanti. Semestinya awak jodoh saya, Rysa. Biar takdir
yang membawa kita bersama.’ Hazriel terus bergerak mencari ayahnya.
Tiba-tiba Hazriel terlihat ayahnya yang sedang membaca
surat khabar di tempat restoran yang terdapat di lapangan terbang ini.
‘Daddy ni, aku suruh tunggu kat tempat menunggu, dia
boleh menunggu di restoran tu. Buat letih aku je mencari.’ Hazriel bermonolog
di dalam hati tetapi yang pastinya dia tidak berasa letih apabila pencariannya
berakhir dengan sebuah pelanggaran kecil dengan gadis kesayanganya.
Ya,
dia memang mula menyayangi gadis tersebut. Setiap kali dia terpandang gadis yang
mempunyai ketinggian sederhana, wajah yang polos, berkulit kuning langsat dan
terlalu cantik baginya, jantungnya sering kali berdegup kencang. Setiap kali
matanya bertentang mata dengan gadis tersebut, dia terasa bagai ada aliran elektrik
yang mengalir di dalam badannya seketika kemudian yang dia rasa hanyalah sebuah
ketenangan. Hari demi hari, membangkitkan rasa ingin melindungi dan menjaga
gadis tersebut dalam dirinya. Dia sanggup menggadaikan dirinya sendiri demi
melindungi gadis tersebut. Ini bukan permainan sebuah kata-kata tetapi ini
adalah realiti sebuah perasaan yang tulus daripada seorang jejaka kacak,
berketinggian 180cm, berkulit putih dan berbadan tegap yang menjadi idaman para
gadis di Malaysia ini iaitu Tengku Hazriel Iskandar Bin Tengku Rashiq.
Hazriel terus melangkah masuk ke dalam restoran di mana
Tengku Rashiq sedang membaca surat khabar.
“Daddy, bakal menantu daddy kirim salam.”
Tengku Rashiq yang sedang minum air kopi terus tersedak.
Anak aku bukannya reti nak bagi salam. Terjah macam tu je. Nasib tak tercekik
tulang tapi tersedak air pula.
“Kenapa tak bagi salam dulu? Terkejut daddy. Bakal
menantu daddy yang mana? Daddy hanya ada seorang anak. Eh, sejak bila kamu
bercinta?” Tengku Rashiq memandang Hazriel terkejut. Hujan tak ada, ribut tak
ada. Tiba-tiba muncul bakal menantu.
Hazriel melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang
tersedia di hadapan Tengku Rashiq.
“Riel memang tak bercinta pun” jawab Hazriel selamba.
“Habis yang kamu kirim salam tadi daripada bakal menantu
yang mana? Eh silap, kamu je anak daddy.
Muncul daripada mana bakal menantu daddy tu kalau kamu tak bercinta?”
tanya Tengku Rashiq pelik.
“Riel memang berkenan dengan dia sudah lama. Dua tahun
Riel perhatikan dia. Nama dia, Rysa. Bagi Riel cantik. Bagi orang lain
kemungkinan besar mereka cakap biasa je. Riel rasa dia jodoh Riel.” Jawab
Hazriel selamba.
“Memandai-mandai je kamu cakap jodoh kamu. Bagaimana kamu
tahu dia jodoh kamu? Cecite kat daddy.”
“Riel pergi ke mana pun asyik terserempak dengan dia.
Riel kena tahan kat roadblock pun mesti terserempak dengan dia. Riel melepak
dengan kawan Riel kat roadblock pun terserempak dengan dia. Riel datang airport
jemput daddy pun terserempak dengan dia. Dah dua tahun kisah Riel dan Rysa
sebegini rupa wahai daddy Riel yang tercinta. Oleh sebab itu Riel yakin Rysa
sememangnya jodoh Riel. Riel memang sayang dia. Itu yang Riel rasa dan pendam
selama ini.” Terang Hazriel dengan serius.
“Asyik roadblock je. Dia buat apa kat roadblock asyik
terserempak dengan kamu?”Tengku Rashiq pelik.
“Dia buat misi mencari jodoh.”jawab Hazriel selamba.
Tengku Rashiq terlopong sekejap.
“Apa kaitan misi mencari jodoh dengan roadblock?”
“Sebab dia nak cari jodoh yang bekerjaya polis.”
“Ada juga orang macam ini di dunia ni ya. Nak suami polis
sehingga sanggup mencari kat roadblock. So jumpa ke tidak jodoh dia?”
“Daddy, kan Riel cakap misi dia selalunya akan menjadi
misi pertemuan Riel dan Rysa. Jadi, Rysa mencari jodoh, tetapi terserempak
dengan Riel. Konklusinya, Riel lah jodoh Rysa.” Haih daddy ni lambat pick up.
Hanya mampu menyambung ayat ni di dalam hati.
“Nak daddy dan mummy pinangkan?”Tengku Rashiq bertanya
dengan serius. Aku bakal dapat menantu oi! Akhirnya aku akan ada anak
perempuan.
“Serius, daddy?” muka Hazriel terus bercahaya. Bagai
orang mengantuk disorongkan bantal.
“Serius. Lepas kamu tamat belajar baru daddy pinangkan.”
Jawab Tengku Rashiq selamba.
‘Cis, ingatkan nak pinangkan secepat mungkin,
rupa-rupanya hampeh.’
“Nanti orang lain sambar dulu habislah Riel! Ala daddy,
bertunang dulu ya. Kahwin lepas tamat belajar. Okay daddy?” Hazriel
mengedip-ngedipkan matanya.
“Ingat comel ke kamu buat macam tu? Dah serupa mamat
jambu je” Tengku Rashiq lantas bangun dan melangkah keluar restoran.
“Eh, daddy nak pergi mana?” Hazriel bangun dan mengejar
Tengku Rashiq yang sudah jauh ke hadapan.
“Balik. Nanti mummy kamu risau pula daddy tak sampai
rumah lagi.”
“Daddy, jawab lah dulu soalan Riel. Boleh ke tidak?” ujar
Hazriel setelah berjalan seiring dengan Tengku Rashiq.
“Daddy akan berbincang dengan mummy dulu.”
“Yes!” Hazriel tersenyum riang.
***
“So,
Rysa, jumpa jodoh kau?” tanya Ana sebaik sahaja terlihat kelibat Rysa yang baru
masuk ke dalam rumah.
“Tak, baru ja aku nak langgar si pilot handsome tu,
Hazriel langgar aku dulu?” Rysa merebahkan punggungnya di atas sofa sambil
menunjukkan muka tak puas hati.
“See! Dia memang jodoh kau! Kau cari kat airport atau
roadblock atau hospital sekalipun semestinya kau akan bertemu dengan dia. Sebab
dia jodoh kau. Kalau kau cari jodoh kau sehingga ke hujung dunia pun kau tetap
akan bertemu dengan Hazriel kerana dia jodoh kau. Kan tepat aku cakap, dia
memang jodoh kau!” Ana menjerit keriangan. Huisy siapa tak gembira? Aku memang
masih ada peluang dengan Ustaz Raykal sebab Hazriel bukan jodoh aku! Yeay!
“Ahh tak mungkin. Ini baru dua tempat, aku terserempak
dengan dia. Tempat yang ketiga baru aku percaya dia memang jodoh aku. Sekarang
ini hanyalah sebuah kebetulan.” Rysa masih tidak boleh menerima kenyataan.
“Terima kenyataan sahaja lah Rysa ku yang tersayang. Dua
tahun ini kau pasti bertemu dia kat roadblock, bukannya itu bukti ka? Kalau kau
mulakan misi mencari jodoh, akhirnya menjadi misi tersermpak dengan Hazriel.
Dua tahun dah bebeh.” Terang Ana.
“Ala, Hazriel bohong ja kot dia asyik tersermpak dengan
kita kat roadblock.” Rysa mencari lagi kata-kata untuk lawan Ana.
“Rysa, aku percaya Hazriel tu kerana aku memang selalu
Nampak kereta BMW 5 series milik Hazriel tu. Selama ini aku tak kenal
pemiliknya. Hari itu baru aku tau kereta tu milik Hazriel tatkala mata kita ini
bertentang dengan rupa paras milik Hazriel semasa dia dapat surat saman. Apakah
tak cukup lagi bukti?” Ana menaikkan sebelah keningnya berkali-kali sengaja
memprovok Rysa.
“Ahh, esok aku pergi hospital pulak! Kalau aku still
terserempak dengan dia, aku surrender. Kita tengok esok wahai Ana ku yang
tersayang.” Rysa terus berlalu masuk ke dalam biliknya.
“Kau nak cari jodoh bekerjaya doktor pulak ka?” tanya Ana
dengan laju.
“Ha ah. Aku try cari doktor pulak.” Rysa jawab dari dalam
bilik.
“Rysa, Rysa, haih.” Ana mengeluh keseorangan di ruang
tamu rumah sewa mereka.
***
Misi mencari jodoh Rysa pada hari ini ialah di Hospital
Pantai. Setelah meletakkan kenderaanya di tempat meletak kenderaan, Rysa
bergerak menuju ke kafe yang terletak di dalam hospital tersebut. Rysa
menghampiri meja kosong lantas melabuhkan punggungnya di situ.
‘Harap-harap doktor-doktor kat sini makan kat sini juga,
Amin!’ Rysa pergi mengambil makanan lantas melabuhkan punggungnya kembali di
atas kerusi. Rysa makan sambil memerhatikan di sekeliling kafe.
‘Doctor is coming’ Rysa memerhatikan doktor yang baru
masuk ke dalam kafe tersebut.
‘Aiyak! Tak handsome langsung. Tua pula tu. Next doktor
pula.’ Rysa mengutuk doktor yang melepasinya sebentar tadi.
Rysa memerhatikan setiap doktor yang masuk ke dalam kafe
ini selama satu jam, tiada yang kacak, kadang-kadang kurus keding pun ada,
berjambang pun ada dan berambut panjang pun ada.
‘Argh! Tak ada ka doktor yang handsome?! Polis juga yang
handsome. Waduh-waduh.’ Rysa menggeleng-gelengkan kepalanya lantas menundukkan
kepalanya. Rysa kecewa!
Tiba-tiba kerusi di hadapan Rysa ditarik oleh seseorang.
Rysa mengangkat kepalanya lantas memandang orang di hadapannya.
“Hai. Awak buat apa di sini?” tanya Hazriel sebaik sahaja
melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
Rysa terkebil-kebil matanya melihat Hazriel. Terkejut,
tergamam, terkedu, terperanjat dan sebagainya yang sama maksud dengannya.
“Saya yang patut tanya awak, awak buat apa kat sini? Ke
mana saya pergi, mesti tersermpak dengan awak. Apa dah habis hospital kat
penang ni ka sampai awak boleh muncul kat sini? Banyak lagi hospital kenapa kat
sini yang awak muncul? Awak ikut saya ka apa?” Rysa membebel-bebel.
“Saya datang sini melawat kawan saya yang baru masuk
hospital semalam. Awak sedang melaksanakan misi mencari jodoh di sini ke?”
“Dalam banyak-banyak hari, kenapa hari ini yang awak nak
melawat kawan awak? Esok masih ada. Lusa pun masih ada. Kenapa mesti hari ini?!
Kenapa misi mencari jodoh saya mesti bertukar menjadi misi mencari Tengku
Hazriel walaupun saya tak mencari awak?!” Rysa membentak marah. Memang sudah
terang lagi bersuluh jodohnya Tengku Hazriel Iskandar bin Tengku Rashiq. Rysa
mencari jodoh tetapi jodoh yang dia jumpa ialah Hazriel.
“Well, itulah yang dinamakan jodoh. Awak orang penang
kan?” tanya Hazriel dengan serius.
“Ha ah saya orang penang.” Rysa sudah mengalah dalam misi
mencari jodoh. Sejauh mana dia pergi atau di mana saja dia mencari jodohnya,
sudah pasti Hazriel yang pasti akan ditemui olehnya. Kuat sungguh jodoh mereka.
“Bagi alamat awak.” Pinta Hazriel dengan selamba.
“Nak buat apa?!” terkejut Rysa mendengar permintaan
Hazriel.
“Saja. Saya nak hantar rombongan meminang awak.” Jawab
Hazriel dengan selamba.
“Erk, jangan buat lawak lah. Tak lawak pun.” Rysa membuat
muka tiada perasaan.
“Saya memang tak buat lawak pun. Saya jujur dengan awak.”
Hazriel mempamerkan wajah yang serius kepada Rysa.
‘Mak, ada orang nak hantar rombongan meminang! Aduh macam
mana aku nak beritahu mak aku? Tak ada ribut, tak ada angin, boyfriend pun tak
ada, tiba-tiba mak terima rombongan ja. Terkejut mak aku nanti. Bukan setakat
mak saja yang terkejut, abah sekali terkejut. Huisy kena beritahu sebelum
rombongan Hazriel datang. Mak abah kena heart attack naya ja sebab terkejut
punya pasal. Almaklumlah mak abah memang tahu aku memang tak ada boyfriend.
Single since born. Dah ada orang nak pinangkan, aku tak boleh tolak lah.
Rezeki. Handsome pula tu. Bukannya buaya darat pun. Duit pun banyak.Heh Rysa
ni, hal duniawi juga kau fikir ya. Fikir lah hal keagamaan. Bab agama, hmm aku
rasa Hazriel okay ja sebab aku selalu lihat dia pergi ke surau dalam universiti
menunaikan solat’ Rysa bermonolog di dalam hati.
“Err, nak bagi alamat macam mana? Pen dan kertas pun tak
ada.” Ujar Rysa setelah lama diam memikirkan.
“Lama betul awak diam ya.”
“Mestilah, saya berfikir sama ada saya boleh terima awak
atau tak. Eh sekejap, awak ini memang sayang saya ka tak sampai nak hantar
rombongan segala?”
“Lepas bertunang kita kenal diri masing-masing dahulu.
Lepas kahwin kita bercinta lah. Nah, ambil handphone ni, awak tulis je alamat
awak kat sini” Hazriel menghulurkan telefon bimbitnya kepada Rysa. Rysa saya
memang sayang awak selama ini. Saya pendamkan sahaja selama ini.
Rysa menaip alamatnya di situ.
“Bila awak nak hantar rombongan meminang? Saya kena
beritahu mak ayah saya dulu untuk persiapan. Nanti mak ayah saya tak terkejut
apabila menerima rombongan keluarga awak.”
Pecah rekod dunia. Bincang hal peminangan di hospital.
Tiada orang buat kerja seperti ini. Tak romantik langsung.
“Minggu hadapan.” Jawab Hazriel selamba.
Rysa terkebil-kebil matanya. Cepatnya!
“Cepatnya?!”
“Supaya saya tak melepas”ujar Hazriel sekali lagi
selamba.
“Mak ayah awak tak kisah ka menantu seperti saya ini?
Yalah saya bukan kerabat diraja. Anak Tan Sri pun bukan. Saya orang biasa ja.
Mak saya suri rumah sepenuh masa. Ayah saya pula kerja kilang.”
‘Baik betul kau dengan Hazriel selepas dilamar ye Rysa’
hati Rysa berkata-kata.
“My mummy and daddy tak pernah kisah dengan pilihan saya
asalkan pilihan saya seperti awak lah. Manis, bertundung ayu and yang penting
tak liar macam perempuan-perempuan lain. Awak 100% diterima oleh keluarga
saya.”terang Hazriel selamba.
‘Hospital pun hospital lah. Janji aku dah berjaya dapat
Rysa.’Hazriel bermonolog di dalam hatinya.
“Erk okay. Saya balik dulu ya. Jumpa lagi nanti. Adios.”
Rysa bangun daripada kerusinya lantas keluar daripa hospital tersebut.
‘Mak! Ceq nak bertunang!’ Rysa menjerit kesukaan di dalam
hati. Siapa tak suka jika dapat lelaki seperti Hazriel.
***
Sebaik
sahaja Rysa menutup pintu rumah sewa mereka, Ana terus menyergah Rysa.
“Kau
happy sangat ni kenapa? Dah jumpa jodoh Encik Doktor ye?”
“Aku
nak bertunang minggu depan. Yeayyyy!” Rysa menjerit kegembiraan di rumah. Kuat
sungguh Rysa menjerit. Bergema suara jeritan Rysa di dalam rumah sewa mereka.
Ana
terlopong. Biar betul kawannya ini. Tadi baru keluar mencari jodoh, balik rumah
kata nak bertunang. Ana memegang dahi Rysa. Normal. Tak demam.
“Aku
tak demam Ana. Aku normal. Aku dilamar kat hospital tadi. Eh bukannya lamaran
tetapi ada orang beritahu aku, dia nak hantar rombongan meminang aku minggu
hadapan.” Terang Rysa dengan mimik muka keriangan.
“Erk
siapa yang nak hantar rombongan meminang kau?” Ana pelik. Tak sangka secepat
ini misi Rysa berakhir. Eh lambat juga nak berakhir. Dua tahun juga pencarian
Rysa.
“Tengku
Hazriel Iskandar bin Tengku Rashiq.” Jawab Rysa selamba.
Ana
terlopong mendengarnya.
“Baru
ja dalam beberapa hari ini kau nak buktikan dia
bukan jodoh kau siap minta simpang malaikat 44 tak nak berjodoh dengan
Hazriel lagi. Kau ni betul ka tak betul Rysa?”
“Ana,
kan aku cakap aku surrender kalau tempat ketiga ini aku still terserempak
dengan dia. Maka aku surrender dan bakal menerima pinangan Hazriel. Mungkin
betul kau cakap yang dia jodoh aku. Aku belajar mengenali dia selepas bertunang
ini dan bercinta selepas kahwin. Okay apa? Percintaan yang suci dan direstui
oleh Allah.” Rysa melabuhkan punggungnya di sofa.
“Rysa!
Jangan disebabkan Hazriel tu kaya, kau nak terima dia macam tu ja! Kau jangan
cari pasal, Rysa.” Ana menggoyang-goyangkan tubuh Rysa supaya Rysa sedar
kembali.
“Ana,
bukan harta yang aku cari. Aku cari jodoh. Kau doakan sahaja supaya kawan kau
bahagia di dunia dan di akhirat. Kau doakan sahaja supaya hubungan aku dan
Hazriel kekal sehingga ke Jannah. Aku akan belajar mencintai dia.” Rysa
mempamerkan wajah yang serius kepada Ana.
“Baik
lah Rysa. Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kawan baik aku yang tercinta ini.”
Ana memeluk tubuh Rysa.
“Thanks,
Ana.” Rysa membalas pelukan Ana. Kawan baiknya yang pasti sehingga ke akhir
hayat. Tiada sesiapa yang boleh menggantikan Ana.
***
Rysa menelefon ibunya dan memaklumkan perihal rombongan
meminang daripada keluarga Hazriel. Pada mulanya ibu dan ayahnya terkejut juga.
Siapa tak terkejut, tiba-tiba Rysa kata nak bertunang. Ibu dan ayah Rysa boleh
menerima Hazriel selepas Rysa membawa Hazriel pulang ke rumah ibu dan ayah Rysa
dua hari selepas Rysa memaklumkan rombongan tersebut. Hazriel sememangnya
berjaya memikat hati orang tua Rysa dan melepasi setiap ujian yang diberi oleh
ayah Rysa. Nak pilih calon suami yang terbaik untuk anak perempuan haruslah
memberi ujian terlebih dahulu.
Seminggu kemudian, Rysa dan Hazriel selamat
dipertunangkan. Mereka bertunang selama dua tahun dan bakal mendirikan rumah
tangga sebaik sahaja Rysa tamat belajarnya di universiti. Ketika itu Hazriel
sudah bekerja memandangkan jarak usia antara mereka ialah Rysa muda tiga tahun
daripada Hazriel.
***
Kini, Rysa dan Hazriel bakal di ijab kabulkan.
“Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Rysa Rihana
binti Darus dengan mas kahwin sebanyak RM 4500 tunai”
“Aku terima nikahnya, Rysa Rihana binti Darus dengan mas
kahwin sebanyak RM 4500 tunai.”
Sah! Sah! Sah!
Setelah usai segalanya, Hazriel melangkah ke arah Rysa
yang sedang ayu bersimpuh di antara ibu Rysa, Puan Warfiah dan ibu Hazriel,
Tengku Suzanna.
Hazriel duduk di hadapan Rysa, lantas menyarungkan cincin
ke jari manis Rysa. Rysa mencium tangan Hazriel. Sebaik sahaja dahi Rysa dicium
oleh Hazriel, air mata Rysa mengalir tanda terharu.
Hazriel mengelap air mata Rysa yang mengalir dengan ibu jarinya sambil
tersenyum.
“Rysa cengeng!” sempat lagi Hazriel mencari pasal dengan
isterinya yang tercinta.
“Biarlah. Dia yang nak kahwin dengan kita sedangkan dah
tahu kita cengeng.” Ujar Rysa sambil menangis.
“Hoi Rysa! Kau menangis kenapa?! Habislah make up. Jenuh
lah aku nak touch up. Nak menangis pun menangis dalam bilik selepas habis
majlis. Kau menangis lah puas-puas. Sampai esok pagi pun tidak mengapa.” Ana
mula membebel-bebel.
“Kau ni, aku tak tahan sebak. Bukannya nak peluk aku ka
apa, ni marah lagi aku” ujar Rysa tidak puas hati.
“Abang peluk Rysa sajalah.” Hazriel memeluk Rysa.
Rysa menangis semakin teruk.
“Hisy, saya tak sempat lagi nak cakap, jangan peluk Rysa,
nanti makin teruk. Haa awak tanggung lah sendiri. Saya tak nak touch up make up
dia. Awak touch up sendiri. Awak yang buat Rysa menangis semakin teruk.” Ana
membebel kepada Hazriel pula.
Tetamu-tetamu yang hadir hanya mampu tersenyum melihat
gelagat pengantin baru bersama Ana.
***
Inilah kisah Rysa Rihana binti Darus dalam mencari
jodohnya selama ini. Jodoh yang dicari tetapi hanyalah Hazriel yang ditemui.
Walau di mana sahaja Rysa mencari jodohnya, jika Allah sudah menetapkan Hazriel
jodoh Rysa, semestinya Hazriel yang dicari oleh Rysa. Jodoh ada di mana-mana
sahaja. Mungkin kita pernah tersermpak dengan jodoh kita berkali-kali sepanjang
kita hidup di dunia ini tetapi kita tidak pernah sedar kehadiran jodoh
tersebut.
THE ENDhttps://www.facebook.com/

0 Komentar untuk "Misi Mencari Jdoh"