Aku
memegang kepala yang terasa pening. Denyutan di dahi kian terasa. Ya Allah,
kenapa hari ini diri ini terasa lemah? Pandanganku mulai kelam, namun aku masih
dapat merasakan yang diri ini dipaut erat.
*___*
Aku
membuka mataku perlahan. Sakit di kepala terasa mencucuk-cucuk. Aku mengurut
kepalaku. Sakit siot! Aku mengetap bibir kuat. Tiba-tiba aku terdengar suara
orang yang bercakap-cakap. Aku cuba memasang telinga walaupun aku tak tahu
siapa mereka tapi aku tahu mereka tengah bercakap hal aku.
“Wei,
aku jeles siot tengok Tasha kena dukung dengan abang Nazrul. Detik itu juga aku
rasa macam nak pura-pura pengsan supaya abang Nazrul angkat aku,”
“Serius,
kau tak tahu aku jeles giler-giler waktu tu. Dahlah abang Nazrul tu comel! Ah!
Sedihnya aku!!” berkerut kening Ira dibuatnya.
“Kau
kenapa wei? Tiba-tiba nak sedih? Aku tahulah kau tangkap cintan giler-giler
dengan abang Nazrul tapi tak akanlah kau tak tahu beza sedih dengan frust kot?”
“Ish!
Bukanlah! Abang Nazrul kan nak pindah hari ini,”
“Kau
serius ka wei?” terbuntang mata Ira mendengarnya. Ida mengangguk perlahan.
“Aku
seriuslah. Kau ingat tak hari ni kita dapat seorang satu bungkusan? Cuma Tasha
sahaja yang special coz dapat teddy bear dengan bungkusan itu.
Sebenarnya, bungkusan itulah ole-ole untuk kita semua sebelum dia meninggalkan
kita,” Ida menjeling tajam ke arah Natasha. Apa yang special sangat dengan perempuan tu ntah?
“Alah..
Aku tak puas lagi nak usyar dia,”
“Redha
ajelah..”
“Wei,
kau orang mengumpat apa ni? Kalau tak nak jaga Tasha cakap! Jangan nak
mengumpat aku dari belakang!” marah Farisya yang baru masuk. Ida dan Ira
menjeling tajam ke arah Farisya. Mereka menghentak kaki sambil berjalan keluar.
“Hentak!
Hentak! Aku potong kaki tu baru tahu! Biar kehilangan keupayaan untuk berjalan!”
bebel Farisya. Aku menahan tawa. Perlahan-lahan aku membuka mata.
“Kau
dah sedar?” tanya Farisya. Aku menjeling Farisya tajam.
“Tak
adalah, aku tengah mengigau!” ujarku selamba.
“Okey,
fine! Kau dah sihat!” ujar Farisya
lalu duduk di sisiku.
“Wei,
siapa yang sudi mengangkat aku yang berat ini ke sick bay?” ujarku selamba.
“Nampaknya,
kau masih sedar yang kau ni berat sampai berkerut-kerut abang Nazrul angkat kau
tadi..” ujar Farisya selamba. Aku mengetuk tangan Farisya.
“Aku
yang berat hanya 41 kg ni kau kata berat?! Sah-sah Nazrul tu tak pernah angkat
berat sampai aku pun dia tak mampu nak angkat,” bentakku geram.
“Kau
yang kata kau berat kan? Aku tak kata pun kan? Dahlah, ni abang Nazrul
sedekahkan kepada kau yang sangat lemah ini..” ujar Farisya selamba lalu
menghulurkan teddy bear yang berwarna
putih.
Aku
mencapai teddy bear putih itu.
“Wei,
comel giler teddy bear ni! He has a good taste! Comelnya!!” ujarku
ceria.
“Kau
ni pun satu! Haru birulah! Cuba kau tengok kad yang dia kirim kepada kau tu!
Kot-kotlah ada nombor telefon dia ke. Dia suruh kau contact dia ke apa ke? Teruk betullah minah ini!” kutuk Farisya
selamba. Aku menjeling tajam ke arah Farisya.
Perlahan
aku mencapai kad itu.
Get well soon.. Don’t forget me.. –
Nazrul
Aku
hanya memandang kad itu. Formal betul!!
*___*
Beberapa tahun kemudian..
Aku
memakai niqab dengan tergesa-gesa. Habislah aku! Lagi 15 minit je nak 8.30
pagi! Kelam-kabut aku mencapai kunci kereta dan beg tangan lalu masuk ke dalam
kereta.
Selang
5 minit, keretaku dah diparkir. Aku tak tahu macam mana aku boleh pecut.
Selalunya 15 minit baru aku sampai ke University Of Queensland ini.
Aku
berjalan laju ke dewan kuliah. Malang bagiku apabila aku dilanggar kasar oleh
seorang lelaki yang sedang bercakap di telefon.
“Sorry..” ujar lelaki itu tanpa
memandang ke arahku. Aku mengetap bibir. Barang yang terjatuh dikutip kasar.
Dahlah aku dah lambat, lepas tu terlanggar pula mamat psiko tu.
Tiba-tiba,
tanganku mencapai kad matrik. Aku mencari kad matrik aku di tudung. Okey, fine! Masih wujud! Tapi ini kad matrik
siapa?
Aku
mengalihkan kad itu untuk melihat gambar. Aduh! Gambar siapa pula ni? Aku
mengerutkan kening. Bagaimana aku hendak mencari lelaki ini? Kenapalah kad
matrik dia ni nak jatuh di tangan aku entah? Aku mengeluh kasar.
*___*
Nazrul
duduk di kerusi lalu mencapai buku-bukunya. Keningnya berkerut apabila
mendapati tiada kad matriknya di situ. Dia meraba lehernya. Juga tiada. Dia mengeluh
kasar. Hilang!
“Matilah
aku!!”
*___*
Aku
melilau sekitar cafe. Aku menggaru
kepala. Kusut kot! Manalas si Tengku Muhammad Nazrul Aizriel bin Tengku
Muhammad Nazri ini? Dahlah benda penting bagi dia ada kat aku.
Kenapalah
takdir menemukan aku dengan kad matrik lelaki ini? Tiba-tiba aku terpandang wajah
seorang lelaki. Aku terus memandang kad matrik itu. Sama kot! Tapi.. Bagaimana
harus aku pulangkan kad matrik ini? Aku takut kalau-kalau timbul fitnah.
Aku
membelek-belek kad matrik itu. Kot-kotlah terjumpa nombor phone dia ke email
ke. Nasib menyebelahi aku apabila aku terjumpa satu kad di sebalik kad matrik
itu. Belum sempat aku mencapai telefon, kad matrik itu dirampas oleh sepasang
tangan.
“Kau
sengaja kan ambil kad matrik aku?” marah Nazrul tiba-tiba. Aku terkedu. Tubuhku
kaku. Lidahku kelu. Setelah tersedar daripada lamunan, aku menggosok dada.
Terkejut kot! Mamat ni pun satu! Haru biru! Tak pandai nak bagi salam lansung!
Kerja dia main ambil aje! Nasib aku pakai hand
sock.
“Kau
tak pandai nak bagi salam ke? Main sergah aje! Nasib jantung aku ni kuat! Kalau
tak terjatuh masuk dalam longkang!” terpana Nazrul seketika.
‘Giler!
Aku ingatkan minah ni tak pandai melawan. Rupa-rupanya lagi ganas daripada adik
aku!’ getus Nazrul sendiri.
“Kau
pun tanyalah kad matrik kau, kenapa dia pilih aku untuk pulangkan kembali dia
kepada kau? Tanya dia sendiri, okay? Dahlah aku nak blah! Merugikan masa dan
tenaga aku je terpacak kat sini!” ujarku lalu berlalu.
Nazrul
hanya memandang jejak langkah gadis itu.
“Ganas
siot!”
*___*
Aku
membuka purdahku dan tudungku lalu berbaring di atas katil. Penat usah dikata.
Fuh! Kalau tak cari mamat Nazrul tadi pun tak apa. Memenatkan aje!
Baru
sahaja aku ingin menutup mata, tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Aku mengetap
bibir geram lalu mencapai telefon bimbit.
*___*
“What?! Are you crazy mom?! I’m just 23
years old! And, that girl is just 21 years old!” bentak Nazrul. Dia
meraupkan mukanya. Kusut!!!
“I’m not crazy dear! Family dia pun dah
terima pinangan kita,”
*___*
“Kenapa
mama terima? I’m just 21 years old not 41
years old! It’s too young to get married!” bentakku. Dahlah tadi kusut
giler dengan sikap Nazrul yang entah apa-apa tu!
“Ikut
suka hati mamalah! Lelaki itu dahlah baik, takkan mama nak tolak? Lagipun, kita
diharuskan untuk berkahwin muda kan, sayang?”
*___*
“Tapi,
nanti Nazrul nak bagi anak orang makan apa? Batu, kayu? Hmm?” Nazrul duduk di
kerusi. Gilerlah mommy ni! Ada ke patut disuruhnya aku kahwin muda?
“Eh,
ada pula macam tu?! Jangan risau mommy akan masukkan duit tiap-tiap bulan dalam
akaun Nazrul. Nazrul belilah bahan basah. Suruh dia masak!”
*___*
“Masalahnya
Tasha tak pandai masak!” aku mengetap bibir. Manalah aku sempat belajar masak! Trip sana-sini! Dapat-dapat result, terus kena hantar pergi
Australia! Lagi hancurlah skill
memasak aku!
“La,
lagi dua minggu kan kamu balik sini? Manfaatlah masa itu untuk belajar masak!
Jangan membuta pula! Belajar!”
*___*
“Kalau
dia tak sempat belajar masak macam mana? Mommy nak anak kesayangan mommy ni
kebulur?” Nazrul mengetap bibir. Lawan! Nazrul, lawan! Fight for your life!
“Budak
tu budak pandai, tak akanlah dia tak sempat belajar? Budak tu budak satu U
dengan kamu of course lah budak high class kan?”
*___*
“Hah?
Siapa mama?” aku blur. Mataku terbuntang. Serius! Aku nak tahu sangat lelaki
manalah yang tersangatlah ‘baik hati’ untuk menamatkan masa bujangnya dengan
aku ni?
“Mama
tak ingatlah nama dia. Panjang sangat! Yang mama tahu belakang dia ada nama
Aizriel!” aku blur.
*___*
Nazrul
bersandar di kepala katil. Mungkinkah gadis itu orangnya? Dia menutup mata.
Nama itu seakan terngiang-ngiang di telinganya.
“Tengku
Natasha Nur Adreena binti Tengku Nazli,”
Nama
yang sudah lama tidak disebut olehnya. Gadis yang kian dirinduinya..
Sekelip
mata ingatannya kembali kepada beberapa tahun yang lepas..
*___*
Nazrul
melangkah lemah ke dewan. Hari ini hari terakhirnya untuk berada di sekolah ini
kerana esok dia akan berpindah. Dia memandang persekitaran dewan buat kali yang
terakhir.
Selang
beberapa puluh minit lagi dia akan meninggalkan sekolah ini. Pengalamannya
selama 2 tahun 4 bulan di sini amat bermakna.
Tiba-tiba
matanya memfokus ke arah seorang murid perempuan yang amat pucat wajahnya. Tag
yang dipakai oleh perempuan itu menunjukkan bahawa perempuan itu hanyalah
pelajar tingkatan satu.
Tiba-tiba
tubuh pelajar perempuan itu seakan hendak terjatuh. Nazrul terus berlari lalu
mendukung gadis yang telah pengsan itu.
*___*
Nazrul
meletakkan tubuh lemah perempuan itu di atas katil sakit. Dia memandang tag
nama itu.
“Tengku
Natasha Nur Adreena binti Tengku Nazli.. Nama yang indah seindah wajahnya,”
ujar Nazrul sambil memandang lembut wajah Natasha. Serentak dengan itu, hatinya
terasa berdebar. Segera dia beristighfar. Dia tak mahu jatuh cinta dengan insan
lain selain jodohnya..
“Natasha..
Kecantikan wajahmu mampu menggoyahkan hati lelaki, mampu mengocak naluri lelaki
dan mampu menimbulkan fitnah. Maka dengan itu, tutuplah kecantikanmu ini
Natasha. Khaskan hanya kepada suamimu.. Berpurdahlah.. Tudung sahaja tidak
mampu untuk melindungimu daripada gelojak nafsu seorang insan yang bernama
lelaki..” ujar Nazrul.
Dia
mencapai patung beruang lalu ditampalkan nota di atasnya. Setelah berpuas
hati.. Dia berlalu pergi.
*___*
Sekarang..
Nazrul
mengerutkan keningnya. Dia tidak pernah melihat wajah Natasha di sini. Ataupun,
dia sekarang sudah berpurdah? Mungkinkah Natsha sudah berpurdah atau Natasha
yang dimaksudkan adalah Natasha yang lain?
Nazrul
mengeluh perlahan. Hatinya berharap Natasha itu merupakan Natasha yang pernah
diselamatkannya dahulu.
*___*
Aku
mengiring ke kiri dan ke kanan. Entah mengapa nasihat seorang lelaki yang
pernah muncul dalam mimpinya terngiang kembali.
“Natasha.. Kecantikan wajahmu mampu
menggoyahkan hati lelaki, mampu mengocak naluri lelaki dan mampu menimbulkan
fitnah. Maka dengan itu, tutuplah kecantikanmu ini Natasha. Khaskan hanya
kepada suamimu.. Berpurdahlah.. Tudung sahaja tidak mampu untuk melindungimu
daripada gelojak nafsu seorang insan yang bernama lelaki..”
Aku
tak tahu siapa lelaki itu. Tetapi nasihatnya telah mengubah aku untuk menjadi
lebih baik. Dia telah memberikan nur keinsafan dalam hati aku. Walau siapa pun
dia, aku berterima kasih kerana dia telah menginsafkan aku. Terima kasih...
*___*
Aku
mengetap bibir. Boleh tak kalau aku lambung je ikan tu dari jauh? Kenapa perlu
duduk dekat-dekat? Takutnya aku!
“Hah? Apa yang kamu termenung kan tu? Nak suruh ikan tu melompat masuk sendiri ke?”
tanya mama sinis.
“Kalau
ikutkan hati Tasha yang suci murni ni, Tasha nak suruh ikan ni masak diri
sendiri je!” ujarku selamba.
“Okey
fine! Mama pula nak kamu masak diri
kamu sendiri. Ada berani?” aku tersengih.
“Tasha
akan berani kalau mama buat dahulu,” ujarku selamba. Mama menjegilkan mata. Aku
buat muka tak bersalah.
“Tension mama dengan kamu ni! Ingat sikit,
kamu akan bernikah dalam 2 bulan lagi tahu! Masak tak pandai lagi! Kamu nak
bagi suami kamu makan apa nanti? Batu? Kayu?” bebel mama.
“So, mama tangguhkan ajelah perkahwinan
kami. Kan senang?” ujarku selamba.
“Bertuah
punya budak! Kamu nak mama batalkan? Ish! Aku penyek jadi lempeng juga budak
ni!” bebel mama lagi. Aku menutup telinga.
“Mama..
Mama.. Mama.. Sekali mama membebel, pergh! Macam machine gun! Mama teruskanlah menembak ye? Puteri nak pergi beradu
dahulu ye, mamaku tersayang?” ujarku selamba lalu mengorak langkah.
“Bertuah
punya budak! Ada ke aku ini digelar machine
gun? Aku bukannya nak jadi penembak! Eh, kalau aku dapat budak ni mahu
lunyai juga aku kerjakan! Buat kerja tak pernah nak serius! Main main je
sentiasa!” bebel mama lagi.
*___*
“Akhirnya!
Akhirnya! Akhirnya aku terlepas daripada cengkaman machine gun buat selamanya!! Yeah!!! Selamanya.. selamanya..
selamanya harimau malaya!”
“Natasha!!!
Tak elok anak daa guna loudspeaker!!”
ujar mama selamba.
“Sorry,
ma! Tasha akan lowkan volume dia!” ujar aku selamba.
“Bertuah
punya budak!!” aku hanya mendengar lalu tersengih. Earphone disumbat ke
telinga. Laju tanganku menekan radio Era FM. Radio kegemaranku. Tak sangka aku
terlelap di situ...
*___*
Aku
tersedar apabila tubuhku digoncang kasar. Aku membuka mataku mamai.
“Apa
ma?” aku menggosok mata. Giler mengantok kot!
“Bakal
mak mertua kamu nak datang,” ujar mama.
“Datang
ajelah! Apa kena mengena dengan Tasha?” tanyaku perlahan. Bantal aku capai lalu
ditekup di telinga. Namun bantal itu ditarik oleh mama.
“Mama!
Bantal Tasha!!” aku membentak kecil.
“Bakal
suami kamu pun datang sekali,” ujar mama cuba memancing minatku.
“So?”
“Ish!
Bangun ajelah! Mandi, pakai baju! Turun!” arah mama. Aku mengeluh kecil.
Malasnya!!!
*___*
Aku
melangkah perlahan ke ruang tamu. Mata yang memandangku tidak aku pedulikan.
Aku meletakkan cawan di atas meja lalu duduk di sisi mama. Perlahan aku
mendongakkan kepala. Wajah bakal mertuaku dipandang.
Yang
peliknya, di mana lelaki itu? Ketukan di pintu menyentakkan aku. Spontan, aku
memandang ke arah pintu. Menyirap darahku apabila melihat lelaki itu. Lelaki
itu! Nazrul Aizriel?! Ah! Kenapalah aku boleh lupakan lelaki itu?
Cuitan
di tangan membuatka aku berpaling. Aku menjongket kening.
“Buka
purdah?” ujar mama. Aku blur.
“Why?”
“Adat..”
aku hanya mengangguk perlahan. Perlahan tanganku memegang purdah.
*___*
Nazrul
mengeluh perlahan. Lamanya dia duduk kat sini tapi tak ada seorang pun yang
bercakap. Yang ada pun, daddy dan bapak perempuan ni yang sembang soal bisnes.
Tak ambil peduli lansung dengan apa yang berlaku.
Membosankan!
Aku nak balik tapi tak sanggup pula! Nanti mesti dah sah-sah kena berleter
panjang dengan mommy! Argh!
Tiba-tiba
matanya terpandang akan gerak-geri gadis itu. Apa yang dia ni nak buat? Buka
purdah??
*___*
Nazrul
meletakkan tangannya di dahi. Gadis itu pernah membuatkan hatinya bergetar dan
getaran itu tak pernah hilang apabila dia menatap sepasang mata itu.
Gadis
itu insan yang pernah diselamatkannya. Adakah gadis itu mendengar nasihatnya
atau nur keinsafan wujud sendiri dalam hatinya? Buntu fikirannya memikirkan hal
itu.
‘Ah,
lantaklah! Soalnya kenapa dia muncul dalam kehidupan aku selepas 8 tahun
berlalu?!’ Nazrul meraupkan mukanya.
*___*
Aku
mengerutkan dahi. Muka Nazrul yang jelas terkejut itu menimbulkan persoalan di
hatiku. Kenapa dia terkejut sangat eh? Dia terkejut sebab tunang dia ni cantik
or what?
Pelik-pelik..
Aku menggelengkan kepalaku perlahan. Tapi.. aku rasa dia tak tahulah yang aku
inilah yang jumpa kad matrik dia hari itu. Kalau dia tahu, malunya aku!! Aku
menekup muka ke bantal. Malunya nak berhadapan dengan Nazrul!!
*___*
Perlahan
air mataku menitis apabila mendengar lafaz akad nikah itu. Kini, aku telah
menjadi hak mutlak kepada Tengku Muhammad Nazrul Aizriel bin Tengku Nazri. Aku
wajib mengikut cakapnya.
Mampukah
aku untuk hidup bersama dia? Entahlah.. Hanya takdir yang menentukan..
*___*
Aku
mengangkat bagasi ke bawah. Pergh! Giler berat kot! Hish! Kalau beg kosng pun
dah berat, kalau ada isi mesti lagi berat kan? Boleh patah pinggang aku kalau
macam ni terus!
Aku
meletakkan bagasi di atas katil. Akhirnya, aku terbaring lemah di atas katil.
“Kenapa?”
terus aku terbangun dari baringanku. Aku memegang dada. Terkejut siot! Nazrul
mengerutkan kening. Giler ke apa budak ni?
“Janganlah
buat orang terkejut!” aku membentak kecil. Nazrul tersenyum sinis. Dia
menggelengkan kepalanya perlahan lalu berjalan menuju ke bilik air.
“Jaga
tangan tu, kalau dah tak boleh nak angkat. Jangan angkat! Patah tangan, naya
aje!” ujar Nazrul selamba. Okey, fine! Dia memang menyakitkan hati.
*___*
Nazrul
berjalan perlahan keluar dari bilik air. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.
Perlahan dia menarik hidung Natasha kuat. Dia melepaskannya apabila melihat
Natasha bergerak. Dia tersenyum sinis.
Aku
menekup hidung. Sakit giler! Siapalah yang sesuka hati perdajal aku ni? Aku
membuka mata. Mataku tajam memandang Nazrul yang tersenyum sinis.
“Sakitlah
mamat!!” bentakku. Nazrul membuntangkan matanya. Sekali lagi, dia menarik
hidung Natasha kuat.
“Aduh!
Sakitlah! Lepaskan Nazrul! Kejam giler kau!!” ujarku selamba. Raut wajah Nazrul
jelas berubah. Serta-merta dia melepaskan hidungku.
“Macam
tu ke Tasha cakap dengan suami Tasha? Kau aku? Macam tu?” tanya Nazrul keras.
Aku menekup mulut. Baru kini aku sedar kesalahanku. Aku lupa yang dia kini
telah menjadi suamiku.
“Sorry.. Terlupa..” aku mengetap bibir.
Raut wajah Nazrul yang agak tegang itu aku perhatikan. Okey, fine! Dia memang marah.
“Giler,
suami sendiri pun boleh lupa! Nasib tak lupa family sendiri! Tu, baju tu! Tak pandai nak kemas? Tidur je kerja,”
bebel Nazrul.
“Mana
ada! Tertidurlah!” bentakku.
“Melawan
je kerja! Lebih baik simpan baju sekarang!” arah Nazrul. Aku mengeluh perlahan.
Gilerlah mamat ni! Dahlah kuat mengamuk, kuat membebel pula tu! Aku tak faham
betullah dengan lelaki yang bernama Nazrul ini!
*___*
Aku
berlari masuk ke dalam apartment milik Nazrul di bumi asing ini. Fuh! Giler
cantik!! Tabiklah cara Nazrul hias rumah. Cantik sangat!
“Woi,
Tasha! Tak pandai-pandai nak angkat beg ke?” tanya Nazrul sinis. Aku mengetap
bibir. Kalau Nazrul ni buka mulut, mesti sinis je sentiasa. Tak pernah nak
elok!
“Yelah!
Lain kali nak arah cakaplah lembut sikit. Ni tak, kasar je memanjang! Hilang
mood!”bentakku.
“Melawan
je kerja! Ikut je apa yang abang cakap,” aku mengeluh kasar. Asyik-asyik aku
yang kena buli! Tension tol!
*___*
“Duduk
sini, abang nak cakap sesuatu,” ujar Nazrul. Aku menghela nafas lemah.
Lelaki
ni tak cukup lagi ke nak buli aku? Tadi disuruhnya aku angkat bagasi yang berat
tu naik atas. Selepas itu, dibulinya aku lagi. Penat giler aku kemas baju dia
dengan aku yang berlambak giler tu! Sekarang apa lagi?! Aku duduk di hadapannya
dengan wajah yang masam mencuka.
“Boleh
tak maniskan muka sikit? Dah macam ciku aje abang tengok! Kelat semacam je!”
ujar Nazrul selamba.
Fine, aku rasa muka aku dah memerah.
Telinga aku dah keluar asap. Dahlah aku penat plus mengantuk! Ada ke patut dia
kutuk aku lagi? Nanti, aku mengamuk baru tahu!
“Please, straight to the point boleh
tak? Tasha mengantuk giler ni! Tak pasal-pasal je Tasha fire abang!” bentakku keras.
‘Budak
ni memang giler-giler kasar! Harap muka je lembut, tudung labuh, berpurdah
bagai tapi kasar ya amat! Tolonglah respect
abang sikit, yang oi!’ ujar Nazrul dalam hatinya.
“Fine, tolong jangan hebohkan
perkahwinan kita kepada sesiapa pun. Termasuk kawan baik Tasha sendiri. Okey?”
ujar Nazrul tegas.
“Pleaselah, tak ada keinginan pun okey?”
ujarku bosan.
“Tak
kisahlah Tasha ada keinginan ke tak ke but
please, jangan hebohkan!” ujar Nazrul keras.
“Yang
itu je kan? Lebih baik Tasha masuk tidur dahulu. Membazirkan masa je!” ujarku
keras lalu berlalu. Nazrul hanya memandang.
‘Isteri
aku ni memang hot tempered!’
*___*
Nazrul
duduk di sisi gadis yang sedang nyenyak tidur itu. Dia menyelak sedikit rambut
Natasha.
Ketika
detik pertama memandang gadis ini tanpa bertudung membuatkan hatinya bergetar
kuat. Ingin dia memeluk gadis itu dan meluahkan rasa cintanya yang telah
disimpannya selama 8 tahun.
Dia
memandang wajah gadis itu. Dia mengucup perlahan dahi isterinya itu sebelum
berlalu keluar.
Aku
membuka mataku perlahan. Aku memegang dahi. Untuk apa kucupanmu itu Adam?
*___*
Nazrul
mengurut kepalanya perlahan. Kusut!! ‘Mereka ni tak ada rumah lain ke nak
singgah? Kenapa mesti rumah aku juga? Bagaimana kalau Tasha balik nanti? Pasti
kecoh giler!!’
Nazrul
mencapai telefon. Dia mencuba untuk menelefon Natasha namun tidak berangkat.
Dia cuba menghantar mesej namun naik lambang sending failed. Dia mengetap bibir. Kacau!!!
*___*
Aku
mengetap bibir apabila terdapat banyak kasut di hadapan pintu rumah. Aku
memeriksa handphone. Eh, kenapa tak boleh nak tekan ni?! OMG! Bateri kong!
Perlahan aku menolak pintu. Redha ajelah!
Aku
berjalan perlahan ke arah dapur. Berharap tiada siapa yang menyedari
kehadiranku.
“Hey you!” spontan langkahku terhenti.
Tanpa menoleh, aku terus berlari masuk ke dapur dan bersembunyi di sebalik
tubuh Nazrul yang sedang mengacau air. Aku terus membuka purdah. Penat terasa!
Ceit! Lari sikit pun dah penat!
“Boleh
tak bagi salam?” ujar Nazrul keras. Tangannya mengusap dada perlahan.
“Kenapa
ada o..”
“Hey you! Who are you? Sesuka hati je
nak rapat-rapat dengan Nazrul I!” pertanyaan gadis itu membuatkan aku terkaku.
Aku memandang ke arah Nazrul dengan kerutan di dahi. Oh.. Padanlah dia tak bagi
kecoh soal perkahwinan kami, rupa-rupanya dia sudah ada pilihan lain ye?
Tiba-tiba
tubuhku ditarik ke hadapan. Aku terpaku. Wajah jelita si gadis tingi lampai itu
menyapa pandanganku. Apabila aku terpandang akan lelaki di belakang perempuan
itu aku terus menolak tubuh Nazrul ke hadapan.
“Bukannya
cantik manapun sampai nak berpurdah bebagai. Tapi yang paling aku tak sangka
ada juga ye perempuan yang berpurdah di luar tetapi berzina dengan lelaki!”
ujar gadis itu lantang. Aku terpaku. Dia fikir aku ini apa? Perempuan murahan?
Pelacur?! Yang dia boleh cakap macam tu! Aku segera memakai purdah.
“Tolong
keluar dari rumah aku sebelum aku naik angin,” ujar Nazrul perlahan tetapi
dingin.
“Aku
tak sangka Nazrul.. Aku sangkakan kau ni baik, tapi tak sangka yang kau sanggup
buat onar dalam rumah sendiri. Patutlah nak pindah! Ada agenda rupanya!” ujar
seorang lelaki. Aku memegang tangan Nazrul. Seolah memberinya kesabaran.
Padahal dalam hati, aku rasa macam nak mengamuk dah!
“She’s my wife, satisfied?! Now, both of you
please leave my house immediately!” suara Nazrul mula meninggi.
“Are you serious? But.. When? Why?”
“Kau
orang berdua ni betul ke dah kahwin? Entah-entah tak,” ujar lelaki itu sinis.
“Did I need to tell you everything, Erisa?!
No, right?! Blahlah dari rumah aku! Tak tahu malu! Aku dah halau
berkali-kali masih lagi kat sini! Muka tembok!” tengking Nazrul. Kelam-kabut
Erisa dan lelaki itu berlalu pergi.
Aku
mengetap bibir. Aku menggosok belakangnya perlahan. Wajahnya kelihatan kusut
sangat! Setelah beberapa minit, aku berlalu naik ke atas. Sarang tebuan jangan
dijolok, tak pasal-pasal je ada juga yang masuk hospital nanti!
*___*
Selang
15 minit, aku turun ke dapur. Melihat Nazrul yang duduk bersendiriran
membuatkan aku rasa terpanggil untuk menjenguknya. Aku isterinya, tak akanlah
dia nak mengamuk kat aku kot?
“Are you okay?” aku menyentuh lembut
bahu Nazrul. Perlahan-lahan Nazrul membuka kelopak matanya.
“I’m fine..” Nazrul bangun. Apabila dia
ingin berjalan, kepalanya terasa berdenyut-denyut.
“Okey
ke tak ni?” tanyaku perlahan.
“Entahlah..”
perlahan Nazrul memanjat tangga untuk ke tingkat atas. Aku mengetap bibir.
Mamat ni sakit ke apa? Risau aku! Dahlah esok ada kelas!
Aku
memanjat tangga untuk ke tingkat atas. Aku membuka pintu bilik lalu
memasukinya. Wajah dia yang lemah menggamit aku untuk mendekatinya. Selimutnya
ku tarik perlahan ke dada lalu aku menyentuh lehernya.
Pergh!
Panas giler! Aku mundar-mandir. Bagaimana nak kurangkan tahap kepanasan dalam
masa yang singkat? Kat sini bukannya ada asam jawa!
“Abang..
Bangun abang,” aku menggoyangkan tubuhnya perlahan. Perlahan mata redup itu
memandangnya.
“Jom
pergi klinik?” ajakku perlahan. Dia menggelengkan kepalanya perlahan lalu
menyambung tidurnya. Aku mengusap lembut kepalanya.
“Please?”
“Abang
tak larat nak bangun. Tak akanlah Tasha nak dukung abang kot?” ujarnya
perlahan. Betul juga eh? Dia kan berat, mana aku larat angkat? Ish! Pening
kepala au! Nak buat macam mana ni? Aku lap dululah kepala dia!
“Abang,
Tasha ambil air untuk lap badan abang ye..?” ujarku perlahan lalu bangun ke
bilik air.
*___*
Nazrul
membuka matanya perlahan apabila terasa sesuatu di kepalanya. Dia membuka
matanya perlahan. Wajah Natasha yang dekat dengannya membuatkan jantungnya
berdebar. Perasaan yang pernah terjadi kepadanya 8 tahun yang lalu kini terjadi
kembali..
*___*
Aku
duduk di sisi Nazrul lalu meletakkan cool
fever di atas dahinya. Tuala aku rendam lalu dilapkan di seluruh tubuhnya
yang terdedah.
Mata
Nazrul yang memandangku tajam tidak aku pedulikan. Sejujurnya, aku merasa
debaran yang maha kuat di dalam hati. Wajahnya yang mendekat menambahkan
getaranku..
“I love you..” kata-kata itu membuatkan
tubuhku terkaku. Spontan, aku memandang ke arahnya.
Aku
ingin berkata-kata namun sebelum sempat aku ingin berkata bibirku dipagut mesra
oleh Nazrul. Terpaku aku di situ.
*___*
Aku
duduk sendirian di kafe. Mataku tekun melihat laptop. Tanganku menekan laju punat laptop. Tiba-tiba mejaku diketuk kasar. Aku mengusap dada.
Terkejut
siot!! Aku memandang ke hadapan. Gadis yang semalam datang ke rumahku
merenungku tajam.
“Mana
Nazul?” tanyanya keras. Aku menayangkan muka selamba lalu menyimpan laptop ke
dalam beg. Malas aku nak layan minah giler ni!
“Hey you!” aku mengetap bibir.
“Sorry, I didn’t recognize you. Who are you?
Are you a crazy woman who came from somewhere else?” ujarku lalu menjongket
kening. Lantaklah, aku pakai purdah kan? Bukannya dia kenal aku. Gadis itu
sedikit terkedu. Aku tersenyum sinis seraya berlalu.
*___*
Aku
menghempaskan tubuh ke sofa. Giler penat kot! Tiba-tiba, ada seseorang duduk di
sisiku. Aku mengerling ke arah Nazrul yang sedang minum air.
Macam
sedap je air dia ni! Geram aku! Adoyai! Dahlah aku tengah dahaga gila-gila ni!
Kureng betul!
“Nak?”
tanya Nazrul. Aku menganggukkan kepala laju.
“Buat
sendiri!” ujar Nazrul selamba. Aku mencebik geram lalu bingkas bangun. Baru
sahaja aku ingin berlalu, tanganku ditarik dan terjatuh ke dalam pelukannya.
“Merajuk
ke?” tanya Nazrul nakal. Aku memuncungkan mulut. Nazrul membuka purdah serta
tudungku.
“Look, muncung mulut dia. Nahlah, abang
suapkan,” ujar Nazrul lalu menyuakan jus oren kepadaku. Aku teragak-agak untuk
menerimanya tapi apabila melihat wajah yakin Nazrul membuatkan aku memutuskan
untuk menerima air itu.
Setelah
aku minum air itu, Nazrul pula meminum sisa air itu sehingga habis. Aku
terkedu.
“Kenapa
Tasha pandag abang macam tu?” tanya Nazrul.
“Kenapa
abang minum di tempat Tasha minum tadi? Abang tak geli ke?” tanyaku lurus.
“Sayang,
sayang pernah dengar tak yang salah satu petua untuk mengukuhkan kasih sayang
adalah dengan meminum di tempat yang sama. Malah, Rasulullah sendiri berkongsi
minuman yang sama dengan Siti Aisya..” ujar Nazrul. Aku terkedu apabila dia
memanggil aku sayang. Namun, cepat sahaja aku menangkis perasaan itu.
Lamunanku
terhenti apabila pintu rumah diketuk. Spontan aku dan Nazrul berpandangan.
“Pergi
buka pintu..” arahku. Tapi, Nazrul tetap kaku.
“Go, abang! Tak akanlah Tasha yang nak
pergi buka pintu kot?” tanya aku tak puas hati.
“Sayang,
sayang sedar tak yang sayang duduk di atas pangkuan abang? Macam mana abang nak
bangun sayang oi?” tanya Nazrul selamba. Aku segera bangun lalu bergerak ke
tingkat atas.
*___*
Nazrul
membuka pintu perlahan.
“Nak
apa?” tanya Nazrul keras.
“You
tak apa-apa ke? Kenapa tak datang kuliah hari ini?” tanya Erisa cemas.
“Kau
isteri aku ke? Tak kan? So, boleh tak
jangan menyibuk hal peribadi aku?” ujar Nazrul selamba. Dia menutup pintu kasar
membuatkan Erisa terkebil-kebil sendiri di luar. Erisa mengetap bibir.
*___*
“Siapa?”
tanyaku sambil melipat telekung. Nazrul duduk di kepala katil.
“Erisa..”
aku mengerutkan kening.
“Siapa
tu?” tanya aku pelik.
“Tak
akanlah sayang tak kenal?” tanya Nazrul kepadaku.
“Serius,
Tasha tak kenal. Tasha tak pernah berkomunikasi dengan orang yang Tasha tak kenal,”
ujarku telus.
“Sayang,
ingat tak orang yang buat kecoh kat rumah kita semalam?” aku mengangguk
perlahan lalu duduk di sisinya.
“Dialah
Erisa..” ujar Nazrul. Aku menarik muncung.
“Seronoklah
tadi dapat jumpa kekasih hati kan?” Nazrul mengerutkan kening.
“Bila
masa dia jadi kekasih hati abang pula?”
“Semalam
apa? Dia siap mengaku lagi abang dia punya!” ujarku selamba.
“Sayang,
abang milik sayang seorang lah..” ujar Nazrul. Aku hanya memakukan diri.
“Sayang?
Merajuk ke?” tanya Nazrul nakal. Dia menyimpan tawanya.
Aku
mengetap bibir geram. Ish! Geramnya aku! Mamat ni boleh tanya aku merajuk ke
tak? Baik punya suami!!
Nazrul
tertawa kecil. Dia berfikir-fikir seketika. Cara apa yang perlu dia manfaatkan
untuk memujuk kekasih hatinya ini? Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu.
“Cantik
luar, cantik dalam, cantik dengar sini. Senyum sikit nak tengok ada tak lesung
pipit. Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit!” Nazrul menyanyikan lirik itu
dengan riak wajah yang selamba. Aku tersenyum kecil. Aku menepis tangan Nazrul
yang mencuit hidungku. Nazrul membuntangkan mata.
“Sayang,
tepis tangan abang? Jaga sayang!” aku berlari laju ke arah pintu. Eh, berkunci?
“Abang!”
bentakku. Nazrul tersenyum sinis.
“There is your end,” ujaran Nazrul
membuatkan aku semakin kecut. Aku berlari sekeliling bilik namun Nazrul bijak
membaca pergerakanku lalu menguncinya. Aku mengeluh perlahan. Lelaki ini memang
pandai mencari titik kelemahanku. Jahat! Budak, jahat!
“Abang
nak buat apa kat Tasha?” soalku selamba.
“I want to keep you awake all the night! Is
it okay?” tanya Nazrul nakal. Aku terkedu.
“Are you crazy? I had a test next week!”
ujarku.
“It is next week, right?” ujar Nazrul
lagi.
“I need to study!” Nazrul menjongket
keningnya. Aku mengeluh perlahan.
“Nazrul..”
meleret suaraku memanggil namanya.
“Natasha..”
balas Nazrul selamba. Aku mengeluh perlahan. Budak ni kan!!!
*___*
Aku
duduk sendirian di cafe. Sudah menjadi kebiasaanku untuk tidak bercampur dengan
orang lain. Tiba-tiba kerusi di hadapanku ditarik.
Aku
mengetap bibir apabila memandang wajah nakal Farid.Geramnya aku!! Mamat gatal
ni kan!
Tiba-tiba
aku terpandang wajah Nazrul yang sedang merenungku tajam.
“Seorang
je ke?” tanya Farid. Kenapalah mamat ni nak mengayat aku entah? Aku bingkas
bangun lalu menyimpan barang.
“Eh,
dah nak pergi ke?” tanya Farid kalut.
“Yup,
suami tengah tunggu,” ujarku selamba lalu melangkah pergi ke arah Nazrul. Wajah
Nazrul yang agak mencuka itu membuatkan aku sedar yang suami aku ini tengah
berangin.
“Nanti,
Tasha cerita dalam kereta ye? Please..”
ujarku manja.
“Okey, fine!” ujaran Nazrul membuatkan
hatiku terasa lega.
*___*
Aku
memandang wajah Nazrul yang sedang mencuka.
“Tasha
tak ada apa-apa pun dengan dia, tiba-tiba sahaja dia duduk depan Tasha. Dia
tanya Tasha seorang je ke? Tasha tak jawab pun, Tasha terus kemas buku. Lepas
tu, dia tanya Tasha nak pergi mana? Tasha jawablah Tasha nak pergi kat suami
Tasha.. Abang, still marah Tasha ke?”
tanyaku sambil memegang lembut tangan Nazrul. Aku mengetap bibir apabila
melihat Nazrul masih diam. Tiba-tiba aku teringat akan cara dia memujuk aku.
Hehe, senyuman jahat sudah muncul!
“Kacak
luar, kacak dalam, kacak dengar sini. Kalau saya senyum, awak mesti senyum
sekali. Kalau kita senyum, semua orang berjangkit. Jika semua orang senyum,
dunia tiada penyakit... So, senyumlah
abang! I want to see your smile,”
ujarku. Nazrul tersenyum nipis.
“Macam
itulah!” ujarku lalu mencubit pipinya.
“Pandai
je dia pujuk abang ye?” ujaran Nazrul membuatkan bibirku menguntum senyum.
“Biasalah..
Isteri siapa?’ tanyaku selamba. Nazrul hanya menggelengkan kepalanya.
*___*
Aku
memandang ke arah dapur. Fine,
kosong! Okey, aku tahu yang aku perlu ke kedai untuk membeli makanan.
Aku
berlalu ke bilik. Berkerut juga keningku apabila melihat Nazrul seolah-olah
hendak keluar.
“Abang
nak pergi mana?” tanyaku.
“Abang
ada group discussion, abang dah
lambat ni,” ujar Nazrul lalu memakai jam tangannya.
“Abang,
boleh tak kalau Tasha keluar beli barang? Dan, kemungkinan Tasha makan kat
luarlah sebab abang pun mesti makan kat luar kan?” ujarku lalu melangkah ke
arahnya. Aku merapikan bajunya.
“Abang
izinkan sayang. Nah,” ujar Nazrul lalu memberikan beberapa keping not $100
kepada aku. Aku terkedu. Banyak sangat ni!
“Abang,
banyak sangat ni! Duit ni macam nak suruh Tasha travel satu Australia je!” ujarku selamba. Nazrul tersenyum nipis.
Dia mencium perlahan dahiku.
“Bakinya
sayang simpan ok? Will miss you..”
ujarnya lalu mencium pipiku dan berlalu pergi. Aku menggaru kepala. Pening
kepala aku dengan mamat ni!
*___*
Aku
melangkah masuk ke dalam restoran kegemaranku. Sebelum kita bershopping kita perlulah mengisi perut
kita dahulu! Barulah kita ada tenaga untuk bershopping!
Aku
meliarkan pandangan ke arah tempat kegemaranku. Yes! Kosong!! Aku segera duduk di tempat itu. Takut orang lain
ambil!
Dari
situ, aku dapat melihat seisi restoran. Tiba-tiba aku terpandang ke arah satu
pasangan yang sedang menyuap satu sama lain. Oh, so sweet! Tapi lagi sweet kalau
lepas nikah kan? Dosa pun tak menggunung!
Tiba-tiba
seorang pelayan datang untuk mengambil pesananku. Setelah pelayan itu berlalu
pergi, aku memandang kembali ke arah pasangan itu. Tiba-tiba si lelaki itu
berpaling. Aku terkedu. Amarahku meluap. Nazrul!!
*___*
Aku
menyimpan baju ke dalam beg. Padanlah dia beri aku duit lebih, duit untuk
larikan diri rupanya. Padanlah hanya sekali dia ucapkan kata cinta,
rupa-rupanya dia tak pernah cinta. Aku bodoh! Bodoh kerana percayakan dia! Aku
bodoh!!
Kau
kejam Nazrul! Tolong! Tolong Nazrul! Leapskan aku dari semua ni! Jikalau tak
cinta, bilang aja! Aku rela mengundurkan diri.. Tetapi, kenapa mesti begini?!
Kenapa?!
Aku
duduk di penjuru katil. Menangis sendirian! Menangisi kebodohanku kerana
terlalu mempercayai Nazrul. Aku beri cinta namun kau beri dusta! Kau hancurkan
hati ini! Kau lumatkan hati ini! Biarkan aku sendiri. Menangisi perpisahan
ini..
*___*
Nazrul
pulang ke rumah dengan perasaan amarah. ‘Ada ke patut si Erisa dengan kekasih
dia tu ajak aku pergi kelab? Sakit jiwa aku!’ Nazrul berlalu ke bilik. Apabila
dia membuka pintu, dia berasa pelik. Cadar katil masih cantik tidak berusik.
Jam sudah menunjukkan angka 9 malam, tak akanlah Natasha belum balik lagi kot?
Tanpa disedari, dia terlelap.
*___*
Nazrul
membuka matanya perlahan. Cahaya matahari yang terik menyilaukan matanya. Dia
memandang ke sisi katil. Masih elok tidak berusik. Dia mula berasa aneh.
Matanya
memandang jam, 9 pagi.What?! 9 pagi?!
Kenapa Natasha tak kejut?! Adoyai, lambatlah aku hari ini!
*___*
Nazrul
membuka pintu almari. Dia terpana seketika. Ada banyak bahagian yang kosong
dalam almari. Dan semuanya adalah bahagian Natasha. Kelam-kabut Nazrul mencari
nota yang mungkin ditinggalkan.
Namun,
hampa usahanya itu. Dia terduduk sendirian. Adakah dia sudah ditinggalkan?
Tetapi, kenapa?! Dia menumbuk dinding. Hatinya sakit ditinggalkan sebegini. Apa
puncanya? Mengapa ini harus terjadi? Adakah semua ini berpunca darinya? Tetapi,
apa salahnya?
*___*
Beberapa minggu kemudian..
Aku
melangkah masuk ke dalam tadika. Kini aku bersembunyi jauh di Kedah.
Menyembunyikan diri dari semua orang. Pekerjaanku sebagai guru tadika
membuatkan aku tidak perlu berhubung dengan semua orang.
Aku
memandang wajah kanak-kanak di hadapanku ini. Perlahan, aku menarik nafas
perlahan. Aku memulakan pengajaranku...
*___*
Aku
duduk di atas kerusi. Kepalaku terasa berpusing. Argh! Kenapa pula ni?
Lebih
baik aku masuk tidur dahulu. Dilayankan pening ini, makin pening lagi adalah!
Tidur lebih baik! Dah! Mata! Tidur!
*___*
Nazrul
berlari laju ke arah sinki. Usai sampai, dia terus meluahkan isi perutnya.
Nazrul memegang kepalanya yang terasa sakit. Dia makin pelik dengan kesihatan
dirinya.
Apabila
dia ke klinik, pasti doktor berkata yang dia tidak apa-apa. Dahlah, minggu
depan ada final exam! Makin
berserabut dia dibuatnya!
*___*
Aku
terpana apabila melihat keputusan itu. Adakah ini realiti atau fantasi? Ada
benih yang sedang bercambah di rahimku?
Ya
Allah, kenapa ketika ini datang lagi dugaan? Pasti selepas ini ramai yang
memfitnah diri ini. Ya Allah, cekalkanlah diri ini. Tabahkanlah hati ini untuk
terus menjalani hidup ini. Sesungguhmya, aku hanyalah insan yang lemah.
*___*
Nazrul
memandang lama gadis yang sedang menghampirinya. Natasha! Dia memandang lama ke
arah gadis yang dirinduinya. Namun, dia dapat mengecam perubahan di wajah
isterinya itu.
Wajahnya
sedikit tembam dan perutnya sedikit buncit.Tapi, kenapa dengan dia? Adakah dia
sakit atau... mengandung?
Nazrul
melangkah perlahan ke arah Natasha namun Natasha makin menjauh. Nazrul cuba
mengejar namun Natasha menghilang.
“Natasha!!!”
jeritannya bergema di situ.
“Tasha!!!”
*___*
“Tasha!”
Nazrul terbangun dari pembaringannya. Dia meraup mukanya. Mimpi itu seakan
petunjuk kepadanya. Petunjuk yang memberitauhnya bahawa isterinya mengandung..
tetapi, di mana isterinya sekarang?
Kepalanya
pening memikirkan hal itu. Dia mengurut perlahan kepalanya. Dengan isteri yang
hilang entah ke mana, dengan final exam lagi.
Ya Allah! Serabutnya kepala!!
*___*
Aku
mematikan telefon bimbit yang asyik berdering. Dah sah-sah Nazrul yang
menghubungiku. Setiap hari pasti ada panggilan daripada Nazrul yang akan masuk.
Naik
bosan aku dibuatnya! Aku mengusap perut yang sudah menampakkan perubahannya.
‘Sayang,
mommy akan sentiasa jaga sayang biarpun tanpa daddy. Kerana, kamulah
satu-satunya buah hati mommy dan daddy. Kamulah semangat hidup mommy,’ aku
menahan air mata daripada gugur.
*___*
Nazrul
menyimpan perlahan baju ke dalam beg. Sudah 2 bulan berlalu, namun masih tiada
khabar berita daripada Natasha.
Terkadang
dia terasa ingin berputus asa sahaja. Namun, Natasha isterinya, cinta hatinya.
Tak akanlah dia ingin berputus asa begitu sahaja?
Jika
dia pulang ke Kuala Lumpur tanpa kehadiran isterinya, apa pula kata
keluarganya? Nazrul meraup mukanya.
‘Natasha,
kenapa kau mesti menghilangkan diri? Kenapa? Kenapa? Kenapa kau sanggup
menyeksa perasaan ini? Kenapa?!’ tanpa disedari air mata menitis menuruni pipi.
Tika
ini, dia terasa ingin menyembunyikan diri daripada semua orang. Hanya satu
tempat sahaja yang difikirkan. Kedah!
*___*
Aku
duduk di pangkin. Merenung ke arah sawah.
Kedah,
negeri yang digelar Jelapang Padi. Pernah juga Kedah digelar Kedah Tua kerana
negeri itu adalah negeri yang terlama di Malaysia. Dah! We cut all this nonsense and back to the scene!
Hijaunya
sawah menenangkan hatiku yang rawan. Tiba-tiba purdahku tertanggal akibat angin
yang sangat kuat. Kelam-kabut aku
menutup mukaku dengan tudung. Aku berjalan laju menuju ke mana arah purdahku
terbang.
*___*
Nazrul
berjalan ke arah sawah. Dia memeluk tubuh sambil memandang ke arah permandangan
yang terbentang di hadapannya.
‘Natasha,
di mana kamu berada sayang? Kembalilah ke dakapanku. Aku merinduimu di setiap
detik. Jika kau muncul di hadapanku, akan kuungkapkan kata-kata cinta. Akan aku
limpahimu dengan kasih sayang yang tidak terperi.’
Nazrul
menutup matanya. Mencuba untuk merasai angin yang beralun lembut. Tiba-tiba ada
sesuatu yang menutup mukanya. Spontan dia mengambilnya.
Purdah?
Dia mencari bauan itu. Ya, ini bau isterinya. Tetapi di manakah dia?
*___*
Aku
teragak-agak untuk mendekati lelaki yang sedang memegang purdahku itu. Susuk
tubuhnya seakan-akan aku kenali.
“Encik..”
lelaki itu mengalihkan mukanya. Spontan aku menjatuhkan tudungku. Na... Nazrul!
Nazrul
terpana. Aku terkedu. Aku ingin berpaling namun ada tangan yang merentap
tanganku. Aku cuba menarik namun
genggaman itu makin erat.
“Natasha..”
aku menutup mata. Suara itu memang milik Nazrul.
“Lepaskan
saya,” arahku tegas. Nazrul agak tersentak. Namun, dia kuatkan hatinya.
“Tasha,
walau apa pun kesalahan abang. Tolong, maafkan kesalahan abang dan kembali pulang ke pangkuan abang,”
Nazrul bersuara perlahan. Aku menutup telinga.
“Berilah
abang satu peluang untuk menjelaskan segalanya. Tolong, Natasha. Abang tulus
kasihkan sayang. Cinta abang kepada sayang umpama seputih melati yang jujur dan
sejati. Cinta abang semerah mawar yang
mekar dan mengharum di taman hati. Tolong, kembali kepada abang?” Nazrul cuba
memujuk. Aku mengetap bibir.
“Abang
ada perempuan lain ke?” tanyaku. Kedengaran selamba namun hatiku perit untuk
mengucapkan kata-kata itu.
“Sumpah!
Abang tak pernah ada perempuan lain! Bercinta pun tak pernah!” ujar Nazrul
–bersungguh-sungguh.
“Abang
berjumpa dengan siapa hari itu?” Nazrul mengerutkan dahi.
“Bila?”
“Abang
tanya bila?! Abang sedar tak hari itu. Tasha ajak abang pergi beli barang,
abang kata abang ada hal. Abang pergi jumpa Erisa kan? Main suap-suap segala!
Mata ini abang! Mata ini sendiri menyaksikan kecurangan abang!” luahku dengan
penuh marah.
“Abang
tak pernah suap Erisa okay? Ya, memang abang pergi jumpa Erisa tapi..”
“Tapi
apa? Kalau perkara itu menyakitkan hati lebih baik tak payah!” ujarku keras.
“Kami
bertiga! Abang, Erisa dan pak we dia! Pak we dia yang suap dia bukannya abang!
Masalahnya sekarang, apabila sayang tengok abang waktu itu abang baru aje
sampai and pak we dia pergi tandas. Is it
clear, honey?” tanya Nazrul sambil memandang tajam ke dalam mataku.
“Do I care?” aku ingin melangkah pergi
namun tangannya mengenggam erat tanganku. Nazrul, tolong jangan lunturkan
amarahku dengan kasih sayangmu. Jangan cairkan hati yang keras ini. Aku tak
ingin jatuh cinta kali kedua dengan orang yang sama.
“Tengku
Natasha Nur Adreena. Pertama kali abang jumpa sayang ialah pada 8 tahun yang
lalu. Sayang ingat tak lagi waktu sayang pengsan dahulu? Abanglah orang yang
angkat sayang ke sick bay. Apabila
abang pandang sayang, automatik hati abang bergetar. Waktu itu, abang takut
cinta abang kepada sayang hanyalah disebabkan rupa paras sayang. Abang bisik
kepada sayang, abang minta sayang berpurdah. Selepas itu, abang berpindah ke
sekolah lain. Abang ingatkan abang tak akan jumpa sayang lagi. Tapi apakan
daya, takdir Allah sudah tersusun rapi. Dia temukan abang kembali dengan
sayang. Dia satukan kita dengan ikatan pernikahan. Sejujurnya, abang tidak
pernah berhenti mencintai sayang sejak 8 tahun yang lalu. Abang bersyukur
sangat apabila mengetahui yang sayang merupakan jodoh abang yang telah
ditetapkan di loh mahfuz sejak azali lagi. So, maafkan abang?”
Aku
mengelap air mata yang ingin mengalir. Rupanya, dialah insan yang membisikkan
-kepada aku untuk berpurdah. Rupa-rupanya dialah insan yang membuatkan ramai
insan mencemburui aku.
“Abang
nak tahu tak, dahulu ramai orang yang iri hati dengan Tasha. Ramai yang kata
Tasha pura-pura sakit semata-mata inginkan abang mengangkat Tasha. Tasha tak
tahan, so Tasha pindah sekolah. Selama ini Tasha berpurdah kerana nur
keinsafan menyinari hati Tasha apabila Tasha dengar kata-kata daripada abang.
Dan Tasha tak pernah sangka akan bertemu kembali dengan abang setelah 8 tahun
berlalu. Yang paling Tasha tak sangka ialah apabila Tasha kahwin dengan abang,
jatuh cinta dengan abang dan mengandungkan anak abang,”
Nazrul
terpana. Betulkah apa yang didengarinya? Adakah isterinya kini mengandungkan
anaknya?
“Sayang
mengandung?” tanya Nazrul seakan tidak percaya.
“Ya,
Tasha mengandungkan anak abang. Dah 3 bulan,” ujarku. Spontan Nazrul memeluk
tubuhku. Aku terpana.
“Terima
kasih sayang kerana sudi mengandungkan anak abang. Abang pernah bermimpi yang
sayang mengandung. Tapi, abang tak pernah duga yang itu merupakan kenyataan.
Maafkan abang?” tanya Nazrul sekali lagi.
“Maaf,
maaf, maaf! Tak ada soalan lain ke nak tanya? Fine, Tasha maafkan abang!” senyuman Nazrul kian mekar.
“Balik
rumah abang?” Aku menjelingnya tajam lalu memakai purdah.
“Tak
ada maknanya!” aku menghayunkan langkah ke rumah sewa. Lantak kat dialah! Aku
kisah apa?
“Sayang!
Sampai hati sayang tinggalkan abang!” ujar Nazrul lalu memeluk pinggangku.
“Baliklah
ke tempat abang menginap! Kenapa follow
Tasha?” tanyaku pelik.
“Tempat
seorang isteri adalah di sisi suaminya. Tetapi, disebabkan Tasha tak nak balik
dengan abang. Abang terpaksalah follow
Tasha balik,” ujar Nazrul selamba. Aku mengetap bibir lalu menghuraikan
pelukannya di pinggangku.
Lantaklah!
Aku melintasi jalan laju. Niat di hati ingin melarikan diri daripada Nazrul.
Tiba-tiba kedengaran bunyi hon yang kuat. Aku mengalihkan pandangan. Terpana
aku melihat kereta yang sedang bergerak laju ke arahku.
“Natasha!!!”
jeritan Nazrul hanya sayup-sayup kedengaran di telingaku. Aku hanya memikirkan
nasib aku dan bayi yang kukandung ini. Tiba-tiba, ada tangan yang menarik dan
memelukku erat. Aku menutup mata rapat.
Setelah
beberapa minit, aku membuka mata. Anehnya, Nazrul masih belum melepaskan
pelukannya. Bahunya terinjut-injut seperti sedang menangis. Tapi, betul ke yang
dia ini menangis?
“Abang..
Are you okay?” tanyaku lembut.
“I don’t want to lost you
and our baby.Abang baru je jumpa sayang. Abang tak nak kehilangan
sayang buat kali kedua. Cukuplah abang menderita selama beberapa bulan yang
lalu. Abang tak nak jauh daripada sayang lagi. Tolong, setia bersama abang hingga
ke hujung nyawa?” aku mengetap bibir. Suaranya kedengaran begitu telus. Aku
memandang wajahnya yang memerah akibat menangis.
“Baiklah
abang. Tasha akan setia bersama abang hingga ke hujung nyawa...”
*_TAMAT_*
0 Komentar untuk "MENANTIMU"